Nasional

Kuartet Merdeka bantu publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Annuar Musa, Wee Ka Siong, M. Saravanan dan Alexander Nanta Linggi dalam kuartet

BUAT julung kalinya Merdeka Kuartet ditubuhkan bagi membantu jentera publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dalam usaha memotivasikan Keluarga Malaysia untuk turut serta dalam sambutan itu selepas dua tahun tidak diadakan secara besar-besaran.

Merdeka Kuartet terdiri daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Datuk E. Sivabalan berkata, penubuhan kuartet itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada Rabu lalu.

“Kami akan mengenal pasti slot rancangan di televisyen dan radio untuk kumpulan Merdeka Kuartet ini pergi secara berkumpulan dan menerangkan mengenai sambutan pada tahun ini.

“Saravanan dan Ka Siong, masing-masing akan menyampaikan maklumat dalam bahasa Tamil dan Mandarin,” katanya.


Beliau berkata, ini satu daripada kemahuan pokitik. Menteri Kabinet akan sama-sama dengan rakyat dan menjadi inspirasi kepada keluarga Malaysia.

Beliau berkata demikian pada rancangan Ruang Bicara bertajuk Kempen JKibar Jalur Gemilang 2022 terbitan Bernama TV, semalam.

Sementara itu, Sivabalan turut berkata, penyertaan rakyat dalam sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini adalah memberangsangkan selepas pelancarannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Julai lalu.

Beliau berkata, ia terbukti apabila Program Berjalan Teguh Bersama yang diadakan di Putrajaya pada Sabtu lepas, mencatat penyertaan 15,000 orang iaitu melebihi sasaran 10,000 orang.

Mengenai kempen Kibar Jalur Gemilang pula, Sivabalan berkata, Keluarga Malaysia diingatkan supaya mengibarkan benderaa kebanggaan negara kerana ia merupakan simbol martabat dan penghormatan kepada semangat nasionalisme.

“Kami berharap Keluarga Malaysia akan kibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja mereka berada, baik di kediaman, premis perniagaan mahupun pejabat,” katanya. – SM

(Visited 23 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button