fbpx
Nasional

Hilang tiga hari sebab rindu nak jumpa ayah

KERINDUAN terhadap ayah kandung menjadi punca seorang kanak-kanak bernama Hay Yi Jack, 7, hilang tiba-tiba daripada jagaan datuknya.

Difahamkan, ketika kanak-kanak itu dilaporkan hilang, rupanya dia telah pegi pergi rumah bapanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang untuk bertemu ayah kandungnya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, kanak-kanak itu sebelum ini tinggal bersama datuknya di PPR Air Panas.

“Pada 27 Jun kita telah menerima laporan berkaitan kehilangan kanak-kanak itu dan sekitar 7 malam tadi, kita telah pergi ke sebuah alamat di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur.

“Setiba di sana kita telah mengetuk pintu dan memperkenalkan diri serta tujuan kedatangan kepada seorang lelaki Cina yang mengaku sebagai tuan rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


BACA> Media Prima buang 300 pekerja

Menurut Rajab, hasil pemeriksaan lanjut telah menemukan seorang kanak-kanak yang telah dilaporkan hilang dan berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang kecederaan.

Jelasnya, soal siasat awal mendapati, lelaki Cina tersebut adalah bapa kandung kepada kanak-kanak itu.

“Kanak-kanak itu telah dibawa ke IPD Wangsa Maju dan kita telah merakam keterangan bapa serta datuk mangsa.

“Hasil perbincangan lanjut, datuk dan bapa kanak-kanak tersebut telah bersetuju bersama-sama menjaga kanak-kanak terbabit,” jelasnya

BACA> YonnyBoii dituduh ambil pil kuda

Tambah Rajab, pihaknya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan maklumat yang berikan orang ramai sehingga selesainya kes ini.

Kehilangan kanak-kanak ini tular dilaman sosial petang tadi selepas polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button