Hiburan

Konsert Ruffedge tambah masa sejam

Demi memenuhi permintaan para peminat kumpulan yang terkenal dengan muzik R&B dan hiphop, konsert Ruffera That Moment In Time Live In Concert, Ruffedge  sangup dilanjutkan sehingga sejam selagi mereka tidak menyanyikan lagu keramat iaitu Khyalan dan Bila Rindu.

Ahli kumpulan terdiri, Cat, Azan, Mode, Sein dan Zain. Konsert yang berlangsung di Mega Star Arena

Buktinya konsert yang berlangsung di Mega Star Arena pada malam Sabtu lalu, mereka berjaya memukau peminat seramai 4,500.

Ternyata kumpulan yang mula ditubuhkan pada tahun 1998 masih berbisa walaupun masing-masing sudah berusia namun mereka berjaya membuktikan bahawa mereka masih lincah di pentas.

Kehangatan semakin memuncak apabila Lah Ahmad masuk ke pentas untuk mendedangkan lagu Ayu bersama Ruffedge, di pentas juga kelihatan Lah Ahmad sukar untuk meneruskan nyayian kerana jeritan dari para peminat sehingga membuatkan dirinya terharu.

Kemuculan istimewa Lah Ahmad

Turut menampilkan The Fabulous Cats yang pernah popular pada tahun 2006, diketuai oleh Cat Farish yang merupakan salah seorang dari kumpulan Ruffedge.

Ahli kumpulan terdiri, Cat, Azan, ModeSein dan Zain turut mendedangkan lebih 20 lagu seperti Tipah Tertipu, Tiada lagi Cinta dan banyak lagi malah setiap anggota kumpulan itu turut menyanyikan lagu solo.

Pengarah muzik dipimpin oleh Datuk Acis, turut mengundang DJ Uno dan bakat baru, Distorted, Jboy dan Zeppo.

Konsert ini dianjurkan oleh The Brand Group Asia dan promosi oleh YOLO Asia.

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button