Hiburan

Konsert Rossa, Cakra Khan di SICC, Sabah, bulan depan

PARA peminat yang mendukung karier penyanyi wanita popular dari seberang, Datuk Rossa pasti teruja apabila dikhabarkan diva kesayangan peminat itu akan mengadakan satu persembahan, Another Journey The Beginning di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 8 Disember ini.

Persembahan Rossa bukan berseorangan sebaliknya rakan artis senegaranya, Cakra Khan juga akan beraksi di SICC nanti.

Artis local, Marsha Milan juga akan tampil sebagai penyanyi undangan pada Another Journey Concert bersama Rossa.

Rossa yang amat sinonim dengan lagu-lagu cinta dan lagu-lagu romantis, menawarkan harga istimewa tiket untuk pasangan yang mahu hadir menyaksikan persembahannya.

Lupakan Cinta menawarkan RM408 untuk dua keping tiket manakala Sekali Ini Saja menawarkan RM308 untuk dua keping tiket.

Persembahan Rossa juga merupakan album tour concert yang mana tiket-tiket untuk menyaksikan persembahannya boleh didapati di ticket2u.

Penganjur acara, Inspire Production dan Fazbuzz. – SM

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button