fbpx
Politik

Komik propaganda: Tahniah KDN, tolak politik makhluk perosak – Hadi

KUALA LUMPUR – Sekolah juga perlu perlu diselamatkan daripada menjadi mangsa penyebaran dakyah yang boleh merosakkan pemikiran generasi muda.

Itu kenyataan tegas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tindakan Kemeterian Dalam Negeri yang mengharamkan komik berunsur propaganda Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama yang diedarkan kepada murid-murid sekolah.

Abdul Hadi yang mengucapkan tahniah atas tindakan tegas KDN itu berkata, rakyat perlu menolak budaya politik ‘makhluk perosak’ yang boleh menggugat keharmonian negara.

“Tahniah KDN atas ketegasan! Kita perlu menolak budaya politik ‘makhluk perosak’ yang boleh menggugat keharmonian negara, dan Kerajaan perlu bertegas untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang melampaui batas ini.

“Sekolah juga perlu diselamatkan daripada menjadi mangsa penyebaran dakyah yang boleh merosakkan pemikiran generasi muda, serta menghakis nilai hormat dan perpaduan dalam negara,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini.


KDN semalam mewartakan perintah larangan tiga penerbitan bertajuk ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ serta versi bahasa Inggeris dan Cina melalui Warta Kerajaan P.U. (A)288/2019.

KDN.

Warta perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Menurut KDB perintah larangan dilakukan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

KDN berkata, komik itu antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan mengenai komunis serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

Komik itu juga boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda mengenai sejarah Malaysia seterusnya mempertikaikan usaha serta perjuangan tokoh atau pemimpin negara terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.

Katanya, kandungannya dilihat tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta dibimbangi boleh memecahbelahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat di negara ini.

Sebelum ini, seramai 43 pemimpin akar umbi DAP, termasuk beberapa Adun parti itu membantah larangan pengedaran komik itu ke sekolah.

Kenyataan tersebut ditandatangani lima Adun iaitu Phoong Jin Zhe (Adun Luyang), Chiong Yoke Kong (Adun Tanah Rata), Chow Yu Hui (Adun Tras), Lee Chin Chen (Adun Bilut) dan Leong Yu Man (Adun Triang).

Bahan itu diterbitkan hasil kerjasama antara Hew Kuan Yau dengan artis tempatan Chong Po Ling.

Ia diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.

Komik mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan China itu mengandungi cerita yang cenderung terhadap republik itu dan menggambarkan Melayu yang menyokong etnik Uighurs sebagai radikal.

Kerajaan China telah menempatkan kira-kira 1.5 juta umat Islam Uighur di “kem pendidikan semula” yang didakwa perlu dilakukan demi memerangi ekstremisme Islam.

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button