Politik
Trending

Anwar PM: ‘Kadir Jasin kekal jadi balaci Tun Mahathir’

APA tidak kena agaknya, wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin cukup risau jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Istana Negara esok.

Beliau disifatkan seperti tidak senang duduk apabila mengemukakan pelbagai tohmahan termasuk menuduh UMNO terus berbecah belah.

Malah, beliau juga didakwa mungkin takut tidak lagi relevan apabila Anwar benar-benar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri esok.

Beliau juga seperti menyedari kedudukannya dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin akan terus terpinggir nanti.

“Betul ke Anwar jumpa Yang di-Pertuan Agong esok, UMNO pula yang berpecah belah?

“Itulah dakwaan A. Kadir Jasin. Luma 22 bulan Tun M berusaha memadamkan UMNO dengan kuasa, fitnah dan Mahkamah.

“Akhirnya PH (Pakatan Harapan) dan Dr. Mahathir yang padam.

“Hakikatnya A. Kadir kena akui akui ialah tindakan Anwar esok menjadikan Tun M tidak relevan dan terpinggir.”

Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menerusi satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata demikian menempelak dakwaan dan tohmahan daripada Abdul Kadir semalam yang menuduh UMNO terlibat dalam komplot menjatuhkan Dr. Mahathir.

Malah, beliau turut menuduh UMNO juga enggan mengaku apabila turut berkomplot bersama Ahli Parlimen Port Dickson untuk mengangkat sosok tubuh itu menjadi Perdana Menteri.

“Daripada aspek prinsip memang giliran Anwar jadi Perdana Menteri selepas Dr Mahathir Mohamad. Itu adalah janji PH.

“Tapi tidak jadi seperti dirancang kerana rampasan kuasa ‘tebuk atap’ oleh ketigaan Muhyiddin Mohd Yassin (Tan Sri), Mohamed Azmin Ali (Datuk Seri) dan Hamzah Zainuddin (Datuk Seri) melalui pesekongkolan dengan Ahli Dewan Rakyat UMNO, Pas dan Gabungan Parti Sarawak yang menumbangkan kerajaan PH.

“Sekarang, kalau kita percaya kepada neratif Anwar, mereka (UMNO) bersedia menyokong beliau untuk naik jadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin,” dakwa Abdul Kadir.

Dalam pada menafikan dakwaan beliau, Mohd Puad terus meyakinkan penyokong UMNO bahawa partinya terus mengukuh dan bangkit semula.

Malah, beliau turut menegaskan sandaran UMNO bukanlah pada kuasa, sebaliknya akar umbi yang terus bersama parti terbesar bangsa Melayu itu.

“Buatlah apa pun. UMNO tetap sama kerana UMNO adalah parti akar umbi. UMNO bukan bersandar semata mata pada kuasa.

“Sebab itu bila hilang kuasa, UMNO bangkit sedikit demi sedikit. Kini UMNO kembali berkuasa di Johor dan Melaka. Termasuk berkongsi kuasa di Sabah, Kedah dan Perak.

“Tetapi Bersatu-Mahathir berkecai bila tidak ada kuasa. Bersatu-Muhyiddin masih hidup kerana manipulasi kuasa oleh budaknya Hamzah Zainuddin.

“UMNO sudah biasa dengan game plan untuk menjahanamkannya. Sama ada Tun M, Muhyiddin-Hamzah atau Anwar, UMNO bukan kecil anak untuk ditalqinkan.

“Silap silap game Anwar esok makan diri. Kadir Jasin pula kekal jadi balaci media sosial kepada Tun M,” tempelaknya. – SM

(Visited 388 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button