Sukan

Petinju Rusia, Khabib marah wartawan bertanya tentang arwah bapanya

JUARA dunia UFC (Ultimate Fighting Championship), Khabib Nurmagomedov berang terhadap wartawan yang bertanyakan tentang kematian bapanya. Juara bertahan untuk kategori lightweight itu memarahi wartawan yang mengajukan soalan tentang bapanya yang telahpun meninggal dunia.

Bapa Khabib, jurulatih legenda UFC, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas dijangkiti Covid-19 pada Julai lalu.

Ketika ditanya pemberita bagaimana keadaannya setelah kematian Abdulmanap, petinju Rusia itu berkata: “Saya tidak faham mengapa kalian terus bertanya kepada saya soalan ini…bagaimana pendapat anda?”

Khabib yang belum pernah tewas sebelum ini berlatih di bawah bimbingan bapanya dan dia berkata demikian menjelang pertemuannya dengan Justin Gaethje bagi mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada 24 Oktober ini.

“Saya tidak faham mengapa orang bertanya saya ‘sejauh mana kesukaran anda berlatih tanpa bapa anda’ Sudah tentu ia amat sukar, saya tidak faham mengapa anda asyik bertanyakan saya soalan ini.

“Apa yang anda rasa, adakah anda mempunyai seorang bapa? Jika ada sesuatu berlaku kepadanya, apa yang anda rasa, ia akan menjadi sukar atau mudah buat anda? Saya seorang manusia juga, sudah tentu ia sangat sukar,” katanya.

Petinju Rusia itu, baru-baru ini, pernah mengulas mengenai pergelutannya bertarung dengan masalah kemurungan. Khabib juga merancang untuk menyingkirkan Gaethje, petinju Amerika Syarikat dalam tiga pusingan.

Gaethje beraksi cemerlang setelah menewaskan Tony Ferguson dalam petarungan tiga pusingan yang sekali gus membuka laluan kepadanya beraksi dalam perlawanan bagi merebut gelaran dunia dengan Khabib.

Khabib berikrar untuk melunaskan impian arwah ayahnya agar dia dapat menggantikan legenda UFC, Georges St-Pierre sebelum bersara daripada sukan tersebut. – The Sun UK – SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button