Sukan

Pelumba TSG menang lagi di Turki

SEHARI selepas pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Saleh merangkul kejuaraan Grand Prix (GP) Velo Manavgat berstatus 1.2, pelumba pasukan itu sekali lagi memperagakan aksi cemerlang apabila mendominasi GP Altanya di Turki, semalam.

Pelumba dari Colombia, Carlos Quintero mengungguli perlumbaan sejauh 106 kilometer apabila berjaya melepasi garisan penamat di bandar Gundogmus dengan catatan masa dua jam 40 minit 33 saat manakala rakan sepasukan, Metkel Eyon dari Eritrea menduduki tempat ketiga.

Tempat kedua dimenangi pelumba Amerika Syarikat, Alex Hoehn dari pasukan Wildife Generation Pro Cycling.

Seorang lagi pelumba TSG, Artem Ovechkin dari Rusia hanya mampu menduduki tempat ke-12 dengan ketinggalan 11 minit. – BERNAMA

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button