Travel

Keunikan bandar dalam kampung hanya di ‘Weng Valley’ Baling

KEUNIKAN bandar dalam perkampungan di daerah Baling iaitu ‘Weng Valley’ yang terletak di antara ladang kebun kelapa sawit kini menjadi daya tarikan buat pelancong tempatan.

Apa yang menariknya kawasan perkampungan ini mempunyai pusat reaksi sendiri seperti kolam renang, ladang madu kelulut, Chalet, jualan makanan dan cenderahati, berkayak di tasik dan sukan ATV menyelusur di ladang kebun sawit.

Nikmati ATV di kebun Sawit
Berkayak di tasik Weng Valley
Rasai pengalaman sedut madu Keluluh di ladang Lebah

Ketua Unit pembangunan Peserta Felcra Berhad Wilayah Utara Mohd Amir Bin Hanip berkata projek ini baru sahaja bermula dari awal tahun 2023 dan mendapat peruntukan dari kemajuan desa dan wilayah.

Ketua Unit pembangunan Peserta Felcra Berhad Wilayah Utara Mohd Amir Bin Hanip

Selain hasil ladang kebun sawit yang diperolehi, penduduk juga melakukan inisiatif lain bagi menambah pendapatan di sini maka terwujudlah pelbagai projek demi menaikkan ‘Weng Valley’

‘’Ini merupakan program pertama yang Felcra lakukan di Malaysia, kita bangunkan apa-apa projek yang ada sumber di kawasan ini untuk menjadi tarikan serta menguntungkan malahan semua peserta (penduduk) di bawah program ini dapat manfaat.

‘’Akan datang kami akan adakan mini Zoo dalam masa yang sama akan bantu usahawan setempat yang mengeluarkan produk barangan kampung.’’ Jelasnya pada Suara Merdeka.

Menurut Penolong Eksekutif Kanan Pembangunan Peserta
Nor Nadirah Bt Mohd Musa pula mereka sudah mendapat tempahan dari badan kerajaan yang ingin melakukan aktiviti di sini.

Penolong Eksekutif Kanan Pembangunan Peserta Nor Nadirah Bt Mohd Musa

‘’Kebanyakan orang Baling ramai yang tidak tahu pusat reaksi di sini tetapi Alhamdulillah kami sudah mula menerima tempahan dari badan kerajaan yang ingin melakukan program di sini.

Katanya lagi, jika sebelum ini anak-anak Felcra pulang ke kampung hanya sebentar dan bawa ibu-bapa keluar berjalan dari daerah Baling namun kini ia berbeza mereka hanya menetap di kampung.

‘’Kebanyakan anak-anak Felcra di sini semua berkerjaya, mereka akan bawa ibu-bapa keluar dari daerah Baling dan keluar berjalan tetapi sekarang kita boleh lihat selepas ada pusat reaksi ini keluarga mereka banyak habiskan masa di sini sahaja.’’ Katanya.

Artikle Berkaitan :>

Nak tahu sejarah ‘Rundingan Baling’, mai datang Muzium di Baling, Kedah

Dima Garden berkonsepkan hiasan taman dan pelbagai aktiviti

Dusun Tok Wak Desa, sesuai dijadikan tempat ‘healing’

 

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button