Rencah Hidup

Kerusi kosong bergerak sendiri ketika Hannah berbahas dalam Parlimen

SEBUAH kerusi dalam Dewan Rakyat dirakam bergerak sendiri ketika Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh sedang berbahas.

Kerusi kosong yang bergerak sendiri ke sebelah kanan itu terletak di belakang ahli Parlimen DAP menjadi tular di media sosial.

Rakaman berdurasi kurang 19 saat itu dilatari dengan muzik seram menambahkan suasana yang menegakkan bulu roma itu.

Sementara itu Hannah yang berkongsi klip video itu di Twitternya, secara berguran berkata, insiden misteri itu telah menenggelamkan isu yang beliau cuba bawa di Parlimen untuk diambil tindakan oleh Kerajaan.


Dia turut bergurau mahu rakyat fokus kepada isu yang dibawanya berbanding insiden kerusi yang bergerak sendiri di belakangnya.

“Kenapa kebanyakan rakyat Malaysia suka cerita hantu?? Isu yang saya bangkitkan ditenggelami kerusi bergerak. Cuba hiraukan muzik seram yang tak tahu diedit oleh siapa dan cuba fokus isu yang saya bawa,” ciap Hannah.

Hantaran beliau kemudian disambut juga secara bergurau oleh pengikut Twitternya.

“LOL YB, that background music is the standard one used on TikTok for scary videos. Anyhoo welcome to TikTok.”

“Pengundi hantu ada. MP hantu pun ada.”

“Dia mintak laluan YB. Speaker pula suruh duduk.”

“Kerusi MP mna tu?”

“Hantu pun “shaken” from his seat coz of you.”

“Coz even the orang bunian pun menyokong isu yg YB bawa, so dia ikut masuk dewan itu. Dia tengok oh banyak kosong ni, duduk dekat sikitlah.”-SM

(Visited 1,202 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button