fbpx
Mahkamah

Tak kenal, tiada langsung kaitan dengan saya – Zahid

Saksi-saksi akui tidak kenal Zahid Hamidi

PROSIDING perbicaraan kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersambung hari ini di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah

Tiga saksi pendakwaan yang tampil memberi keterangan pagi memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak mengenali Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tertuduh yang dibicarakan.

Bahkan Presiden UMNO itu juga langsung tidak mengenali saksi-saksi dan tiada kaitan langsung dengan mereka.

Saksi pertama dan kedua yang dipanggil memberi keterangan hari ini adalah untuk menyokong keterangan saksi-saksi terdahulu dalam kes perbicaraan Ahmad Zahid yang berhadapan dengan 47 pertuduhan termasuk 20 pertuduhan di bawah AMLA.

Saksi pertama hari ini ialah daripada syarikat HRA Teguh Sdn. Bhd., dan saksi kedua, dari Cergas Murni Sdn. Bhd.


Saksi pertama dan kedua meminjam wang daripada Pengurup Wang, Omar Ali yang tiada kaitan dan tidak ada kena mengena dengan Ahmad Zahid.

Pengarah Urusan HRA Teguh Sdn. Bhd.,Datuk Hashim Othman, 67, yang tampil sebagai saksi pertama hari ini atau saksi ke-73 perbicaraan, mengakui beliau bukan sahaja tidak mengenali Ahmad Zahid yang duduk di kandang tertuduh di dalam mahkamah  apabila diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat pengecaman tetapi dia juga tidak mengenali orang yang meminjamkan wang kepadanya.

Hashim di hadapan Hakim dan barisan pendakwa raya dan barisan peguam Ahmad Zahid dengan jelas apabila diminta membuat pengecaman  ke atas Ahmad Zahid, beliau gagal.

Kata Hashim dari kandang saksi selepas dia ditunjukkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haris Ong Jeffrey Ong di mana Ahmad Zahid duduk, “saya kenal tertuduh dari suratkhabar dan televisyen”

Hashim dalam keterangannya turut memberitahu mahkamah bahawa beliau ada meminjam wang yang diperoleh melalui Lee Fook Kheun.

Wang itu diperoleh oleh Lee daripada Omar Ali, bagaimanapun Hashim mengakui beliau tidak mengenali Omar Ali.

Kata Hashim, “saya tidak kenal siapakah Omar Ali. Saya tidak pernah berjumpa dengan Omar Ali. Saya hanya berjumpa dengan Lee untuk dapatkan tandatangan saya.”

Hashim berkata, syarikatnya membuat projek pembinaan dan ada masanya syarikatnya lambat bayar kepada klien.

Beliau akui, ada masa syarikatnya memerlukan wang dengan cepat dan dari semasa ke semasa, memerlukan pinjaman wang.

Menyifatkan pinjaman yang diberi oleh Omar Ali melalui Lee sebagai ‘friendly loan’, wang yang dipinjam, dibayar balik.

“Dari semasa ke semasa, syarikat perlukan wang. Kita buat loan dan loan mesti bayar dalam masa-masa tertentu kerana ini adalah integrity dalam pembinaan construction.

“Pinjaman yang dibuat melalui Lee tidak ada perjanjian dan mengapa saya tidak meminta pinjaman daripada bank?

“Sebab proses mengambil masa lama dan dalam construction, masa itu emas. Aliran wang tunai (cash flow) kena jaga, kalau tidak, merugikan.

“Saya pinjam, saya bayar. Saya percaya kepada Mr. Lee. Saya mahukan wang untuk meneruskan projek. Bukan tugas saya nak tahu siapakah yang pinjamkan wang,” kata Hashim ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya sambil menambah, beliau juga tidak mengenali Lewis & Co.

Sewaktu pemeriksaan balas peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal mencadangkan kepada saksi, pembayaran semula pinjaman yang dibuat adalah atas urusan Mr. Lee. Akaun mana, cara kemasukan wang, bayaran dan jumlah, semua urusan Mr. Lee dan Omar Ali, Hashim bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Saya tidak kenal Omar Ali. Saya perlukan wang. Janji bayar balik. Tak perlu tahuu dari mana sumber wang. Ini ialah ‘friendly loan’ melalui Mr. Lee. Cara dia dapat duit, saya tak tahu. Ini antara kita dengan kawan,” kata Hashim.

Kata Hashim, terdapat lebihan bayaran RM8,000 kepada Omar Ali sebagai servis charge atau caj perkhidmatan kerana meminjamkan wang kepada Mr. Lee untuk diserahkan kepada Hashim.

“Semua kemasukan dan pembayaran ada direkodkan dan saya setuju dengan cadangan peguam, tiada ada-apa yang terselindung dalam ‘friendly loan’  dan tiada yang menyalahi undang-undang,” jawab Hashim di dalam mahkamah.

Saksi kedua hari ini iaitu saksi ke-74 yang tampil memberi keterangan di mahkamah ialah Datuk Paul A/L Latimer, kontraktor dari Cergas Murni Sdn. Bhd., berusia 78 tahun.

Saksi memberitahu mahkamah, wang yang dipinjam daripada Omar Ali adalah untuk menyelesaikan masalah dalam syarikat termasuk membayar gangster yang mengganggu pembinaan jambatan ketiga di Klang, Selangor.

“Apa yang dimaksudkan dengan bayaran bagi tujuan penyelesaian masalah.

“Pembinaan jambatan Klang, ada hal-hal dengan gangster. Jadi pakai wang untuk selesaikan ini hal,” kata Paul ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Haris Ong.

Masalah berdepan dengan ganster, kata Paul ada dibincang dengan rakan kongsi (partner) dan hal itu ada dimaklumkan kepada Pengerusi syarikat Cergas Murni untuk mencari jalan penyelesaian.

Kata Paul, “ Buat jambatan dalam kawasan gangster, diaorang mahu proctection punya wang (wang perlindungan).

Wang yang dipinjamkan oleh Omar Ali, menurut Paul, diterima oleh Haji Sharif (Pengerusi syarikat) dan Haji Sharif telah meninggal dunia.

“Saya setuju dengan cadangan Omar Ali kosongkan di bawah nama pembayar, dan soalan ini saya sudah terangkan kepada mahkamah tadi,” kata Paul dalam menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Haris Ong.

Menjawab satu lagi soalan Timbalan Pendakwa Raya Haris Ong, Paul berkata, “syarikat mahukan wang, nama pembayar, dikosongkan. Kita (Omar Ali) masukkan wang, nama (penerima) you tinggalka. Wang dia bagi pada kita. Ya, betul. Itu syarat yang diberi oleh Omar Ali.”

Didesak dengan soalan oleh Timbalan Pendakwa Raya kenapa tidak ada dokumen perjanjian dan atas dasar apa pinjaman diberikan?

Paul menjawab, “ Dia seorang money changer. Kebetulan dia ada. Tiga cek sama aje, penama kosong. Dia bagi cek, bagi cash.

“Saya tidak ada hubungan individu dengan Lewis & Co. Saya kenal Omar Ali kerana pernah sekali menukar wang,”

Soalan Timbalan Pendakwa Raya kepada Paul, “kenapa syarikat tidak mohon pinjaman dari institusi kewangan, bank.”

Paul, “Saya tidak tahu.”

Timbalan Pendakwa Raya bertanya kepada saksi, apakah mengenali tertuduh, Ahmad Zahid? Saksi terping-pinga.
“Kenal tertuduh, kenal dalam suratkhabar dan TV,” kata saksi.

Saksi ketiga hari ini, (saksi pendakwa ke-75) Chong Chien Ming yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MYEG mengesahkan pengeluaran-pengeluaran cek.

Beliau juga mengakui, tidak mengenali tertuduh, tidak pernah berkomunikasi dengan tertuduh dan tidak ada apa-apa hubunga dengan tertuduh.

Beliau membuat andaian (assumption) sendiri Lewis&Co ialah sebuah firma guaman atau legal firm dan tujuan pembayaran ialah legal fees. Yuran guaman. Walaupun tahu ini bayaran pinjaman.

Kalau letak dgn Datuk Jimmy ini tak selaras dgn penerima.

Atas arahan Datuk Jimmy, saksi berkata, beliau terpaksa masuk ‘tujuan’ dan selaras dengan penerima bank draf Lewis&Co.

“Anggapan ini yuran guaman. Ini adalah keperluan bank. Pinjaman Datuk Jimmy direkodkan melalui payment vauher. Pinjaman adalah kepada Datuk Jimmy,” kata Chong ketika menjawab soalan yang dilontarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Pemeriksaan balas peguam Hamidi Mohd Noh:

Peguam: Terdapat lain-lain. Please specified… sebenarnya jumlah pinjaman Datuk Mohd. Jimmy Wong Abdullah non Excecutive Director

Selain ini 14 dirujuk

Anak guam saya tidak arahkan kamu beri notis
Saksi: Ya.

Peguam: Kenal tertuduh?

Saksi: Tidak kenal. Kenal melalui media. Tengok di TV.
Peguam: Tidak ada apa-apa communication atau telefon atau apa-apa dgn anak guam saya

Saksi: Tidak ada.

Peguam: MyEG public listed

Saksi: Ya

Peguam: Ada audit luar, audit dalaman

Saksi: Ya

Peguam: Tahun 2018 audit sudah selesai. Tidak ada isu berkaitan pinjaman atau loan Datuk Jimmy Wong

Saksi: Ya

Pemeriksaan balas disambung oleh Datuk Ahmad Zaidi Zainal

Peguam: MyEG 2007 listed di Bursa. Tahun 2003 Mr. Chong ada di MyEG sebagai CFO Encik Chong aware announcement pada bursa.

Saksi: Ya

Peguam: Tahun 2006 till now.. ada tak mana-mana pengarah MyEG buat announcement palsu

Saksi: Takpernah

Peguam: Saya rujuk announcement 19 oktober 2018

(Saksiditujuk dan baca 1st page paragraf 2)

Peguam: Terjemahannya, MyEG tidak pernah bayar pada sesiapa pun untuk dapatkan apa-apa projek daripada kerajaan

Saksi: Betul

Peguam: Poin kelima terjemahan…ada ACC reply to the enquiry

Saksi: I think they did.. mungkin ada announcement mungkin tak da.  Tak ingat

Peguam: Segala projek diperolehi MyEG tidak ada unsur rasuah..individu.. ini announcement yang tulin. Benar dan tak ada apa-apa yang tak benar

Saksi. Ya setuju.

Kes bersambung pada 14 Julai. -SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button