Rencah Hidup

Selamat tinggal 2021, Selamat Tahun Baharu 2022

HARI ini adalah Jumaat terakhir tahun 2021. Esok, bermula Tahun Baharu 2022 dengan ada dalam kalangan kita yang mahu memulakan langkah baharu dalam kehidupan dan kerja.

Tiada siapa boleh menghalang rezeki jika itu telah ditentukan milik hambaNYA dan pasti kaki yang melangkah pergi itu mahu sejuta kebaikan untuk kehidupan.

Sepanjang tahun ini, tiba masanya kita merehatkan otak dan badan dengan mengambil peluang bercuti sebentar. Itu penting kerana tiada siapa dapat menyangkal, kita keletihan dan kepenatan berdepan dengan pandemik Covid-19 yang tertukar menjadi endamik.

Dalam menempuh cabaran pandemik Covid-19 yang sudah tiga tahun melanda seluruh rakyat Malaysia, jatuh bangun dalam perancangan kehidupan dan perniagaan mungkin sudah tertulis tanpa disedari.

Sehingga ke hari ini, kita semua tidak menyangka akan diduga dengan pandemik Covid-19 yang merubah budaya kehidupan setiap seorang daripada kita.

Kita semua sudah melalui frasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sentiasa diingatkan agar menjadi SOP termasuk memakai pelitup muka atau face mask apabila berada di luar sana.

Kita juga diingatkan agar menjaga penjarakan fizikal atau sosial sekurang-kurangnya satu meter dan menerima suntikan vaksin Covid-19 dan suntikan vaksin penggalak.

Kurang lebih dua minggu sebelum berakhirnya bulan Disember ini, kita diuji dengan banjir kilat yang melanda penduduk Shah Alam, Selangor serta Lembah Klang selain daripada Pahang.

Hujan lebat dengan sukatan yang sepatutnya sebulan tetapi turun dalam tempoh 12 jam menyebabkan kawasan perumahan Taman Sri Muda Shah Alam dilanda banjir.

Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa naik ke atas bumbung rumah sementara menunggu ketibaan bantuan daripada agensi penyelemat yang berkenaan.

Dalam masa menunggu itulah, rakyat tolong rakyat, kita tolong kita dipraktikkan dengan semangat #KeluargaMalaysia sepertimana saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kesedaran rakyat negara ini di atas platform #KeluargaMalaysia kelihatan sebelum tragedi banjir kilat 18 Disember.

Sebaliknya semangat tolong sesama kita ini dapat dilihat ketika PKP Kibar Bendera Putih. Walaupun konotasi berbeza diberikan terhadap Kibat Bendera Putih namun yang penting pada ketika itu ialah membantu jiran tetangga atau sesame kita yang terputus bekalan makanan akibat pandemik Covid-19.

Tahun 2022 yang bermula esok semestinya mahu membuka lembaran baharu dalam kehidupan kita semua.

Kita mendoakan agar negara yang dicintai ini stabil dalam politik dan lebih kukuh keadaan ekonomi kerana ramai yang lari dan mencari padang yang lebih hijau gara-gara DUIT.

Selamat menyambut Tahun Baharu 2022. – SM

(Visited 553 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button