fbpx
Politik

Kerjasama UMNO, DAP ibarat pinggan tak retak, nasi tak dingin

UMNO akan terus menjadi parti yang tidak akan bekerjasama dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan juga partinya.
Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil berkata, kenyataan Guan Eng bahawa DAP tidak akan bekerjasama dengan Umno ibarat kata pepatah Melayu, pinggan tak retak, nasi tak dingin
“Kita UMNO pun tak pernah mahu bekerjasama dengan dia ini. UMNO adalah suatu parti yang tidak pernah, dan insha-Allah tidak akan bekerjasama dengan DAP.
“Pepatah Melayu ada mengatakan: “Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Dia tak nak, kita pun tak hingin,” kata Isham.
Guan Eng sebelum ini berkata, DAP tidak akan bekerjasama dengan UMNO, selagi ia di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Guan Eng berkata, ia adalah pendirian parti itu.

“Kita lawan Umno, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) kerana kita tak boleh terima dasar memecahbelahkan rakyat.

“Saya tegaskan di sini bahawa DAP tidak akan kerjasama dengan Umno di bawah pimpinan Zahid dan juga Najib,” katanya ketika berucap dalam ceramah yang disiarkan di Facebook baru-baru ini.

Rabu lalu, Anwar mendakwa beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam.

Tanpa sokongan ahli Parlimen UMNO sukar untuk Anwar membentuk kerajaan baharu yang sudah tentu akan turut disertai oleh parti DAP.-SM


(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button