Nasional

Kerja baik pulih menara komunikasi di Kg. Parit Shafie, Muar selesai

Susulan aduan daripada penduduk Kampung Parit Shafie, Muar mengenai masalah liputan komunikasi yang dihadapi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyantuni penduduk setempat semalam bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung aduan yang dikemukakan.

Dalam pertemuan tersebut, SKMM telah memberi penerangan kepada penduduk mengenai status semasa liputan selain memaklumkan mengenai keadaan menara komunikasi yang rosak kerana disambar petir
dalam kejadian ribut di kampung tersebut, baru-baru ini.

Berikutan kejadian itu, tiga buah kampung iaitu Kampung Parit Shafie, Kampung Paya Lebar dan Kampung Parit Salman membabitkan hampir 150 buah rumah, telah terputus hubungan komunikasi.

MCMC telah menghubungi pihak penyedia perkhidmatan yang bertanggungjawab di kampung berkenaan iaitu CelcomDiGi untuk membaik pulih menara tersebut dengan segera.

Kerja-kerja baik pulih telah pun siap lewat malam tadi dan perkhidmatan liputan selular kini beroperasi seperti biasa. Pihak MCMC akan terus memantau dan memastikan liputan di menara komunikasi tersebut dalam keadaan yang optimum demi keselesaanpenduduk.

Untuk rekod, aduan masalah liputan komunikasi ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dalam laman media sosial beliau kelmarin. Perkara yang diketengah beliau telah menerima reaksi segera
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil seterusnya tindakan oleh SKMM.

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button