Nasional

Kerajaan tiada makluman sukarelawan UM perlu kendali pelajar China – Wan Azizah

PUTRAJAYA, 16 Feb  — Kerajaan tidak menerima makluman mengenai dakwaan sukarelawan Universiti Malaya dikehendaki mengendalikan penuntut China yang kembali meneruskan pengajian di semester baharu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan akan menyusuli perkara itu untuk sebarang tindakan lanjut.

“Pihak universiti mesti mengambil tanggungjawab untuk beri perlindungan kepada sesiapa sahaja, sukarelawan mahupun staf,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan mengenai sukarelawan UM yang dikatakan diminta menguruskan penuntut China di Kolej Kediaman 10.

Laporan itu menyebut sejumlah 550 penuntut dari China yang pulang ke kampus itu mendaftar pada 5 Feb lepas, dan sukarelawan tidak diberi latihan khusus bagi mengendalikan penuntut China, terutamanya selepas isu COVID-19.

— BERNAMA

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button