fbpx
BeritaPolitik

Kenapa Najib pilih keterangan bersumpah?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam 11November 2019 telah diperintahkan oleh mahkamah membela diri dalam semua pertuduhan melibatkan wang RM42 juta setelah pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Seorang peguam Dr. Shamser Singh Thind dalam hantaran ke Facebook berkata, Bossku telah membuat keputusan yang tepat dan masih berpeluang untuk dilepaskan dan dibebaskan jika berjaya membuktikan pembelaan atau mewujudkan keraguan munasabah dalam kes pembelaan.

Berikut hantaran beliau di Facebook:

Najib yang dipanggil Bossku ada tiga pilihan:

– (A) mendiamkan diri (dan beliau akan disabitkan dengan serta merta);


– (B) memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh (dan beliau tidak boleh disoal-balas); dan

– (C) memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (dan beliau boleh disoal-balas).

Memang (A) adalah pilihan yang tak logik tapi pernah berlaku, macam dalam kes Canny Ong (https://www.thestar.com.my/…/ahmad-najib-opts-to-remain-sil…). Peguam yang mewakili tertuduh ialah Hanif Khatri.

Pilihan (B) juga pernah berlaku, macam kes Liwat 2 (https://m.malaysiakini.com/news/173713).

Pilihan (C) adalah yang terbaik. Keterangan bersumpah lebih diterima-pakai berbanding dengan keterangan tidak bersumpah. Bossku telah membuat pilihan yang tepat.

Menurut Shamser, Bossku masih berpeluang untuk dilepaskan dan dibebaskan selepas diarahkan membela diri. Perbicaraan belum tamat lagi. Sama ada Bossku membuktikan pembelaan atau mewujudkan keraguan munasabah dalam kes pembelaan. Mana-mana satu mencukupi. Atau lagi baik jika Peguam Negara tarik balik pertuduhan. Itu pun pernah berlaku, baca kes Rafizi (https://www.bharian.com.my/…/rafizi-ramli-dilepas-dibebas-s…)

Dalam hantaran terdahulu beliau berkata:

Esok, jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur akan membuat keputusan sama ada:

(A) Bossku dilepaskan dan dibebaskan daripada 7 pertuduhan melibatkan wang RM 42 juta milik SRC International Sdn Bhd; atau

(B) Bossku dikehendaki membela diri.

Berikut adalah sedikit maklumat yang saya nak kongsi bersama friend-friend saya supaya membantu mereka faham isu ini:

1. Mahkamah akan membuat keputusan (B) sekiranya pihak pendakwaan berjaya membentuk kes prima facie berkenaan dengan kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan, dan keputusan (A) sekiranya pihak pendakwaan tidak berjaya berbuat demikian. Harap maklum bahawa setiap pertuduhan adalah berasingan walaupun dibicarakan bersama. Ini bermakna, Bossku boleh dilepaskan dan dibebaskan dalam satu atau beberapa pertuduhan, dan diarahkan untuk membela diri dalam baki pertuduhan yang lain.

2. Menurut seksyen 180(4) Kanun Prosedur Jenayah, kes prima facie dibentuk apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan yang kredibel untuk setiap elemen kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan, yang sekiranya tidak dipatahkan atau diberi penjelasan mengakibatkan tertuduh disabitkan kesalahan.

3. Dalam kata lain, Mahkamah hanya boleh mengarahkan Bossku membela diri sekiranya Mahkamah bersedia untuk menjatuhkan hukuman ke atas Bossku andai kata Bossku mendiamkan diri selepas dipanggil untuk membela diri. Mahkamah tidak boleh memanggil Bossku untuk membela diri hanya kerana ingin tahu apa yang Bossku tahu.

4. Dalam pendakwaan jenayah, tertuduh mempunyai hak untuk mendiamkan diri, dan hak ini tidak boleh diketepikan melainkan Mahkamah benar-benar berpuas hati bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan.

5. Mahkamah masih boleh melepaskan dan membebaskan Bossku selepas mengarahkan beliau membela diri. Sebagai contoh, Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur selepas diarahkan membela diri (https://www.malaysiakini.com/news/186050). Ini kerana undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa tertuduh layak dilepaskan dan dibebaskan sekiranya berjaya mewujudkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan, walaupun jika gagal membuktikan pembelaannya.

6. Pendek kata, sekiranya Bossku diarahkan membela diri, itu dengan sendirinya TIDAK bererti bahawa Bossku bersalah. Bossku hanya bersalah sekiranya Bossku gagal membuktikan pembelaannya (sekiranya dipanggil untuk membela diri) dan, dalam masa yang sama, gagal mewujudkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan, di akhir perbicaraan. Ingat, innocent until proven guilty!

7. Satu lagi, Peguam Negara masih boleh menarik-balik pertuduhan walaupun Mahkamah telah memanggil Bossku untuk membela diri. Benda ini pernah berlaku baru-baru ini (https://www.bharian.com.my/…/rafizi-ramli-dilepas-dibebas-s…).

P.S. Dr Mahathir dari awal lagi dah berkali-kali membuat kenyataan media bahawa Bossku adalah pencuri. Dan Dr Mahathir ini pernah dituduh campur-tangan dalam urusan badan kehakiman. Tuan-tuan pernah baca apa yang dinyatakan oleh Hakim Ian Chin (https://www.thestar.com.my/…/justice-ian-chin-tells-of-thre…)? Saya harap perkara itu jika benar tidak berlaku kali ini.

Show More

Related Articles

Back to top button