Politik

Kemunduran Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu kerana dosa Kerajaan Pusat – Annuar

TAN SRI Annuar Musa berkata, kemunduran yang dihadapi oleh Kelantan, Kedah Perlis dan Terengganu bukan kerana salah menteri besar atau Pas, tetapi ia adalah kegagalan Kerajaan Pusat dalam menunaikan tanggungjawabnya.

Menurut Annuar, prinsip bernegara adalah meletakkan tanggungjawab untuk memajukan negeri-negeri kepada Kerajaan Pusat dan bukan dibebankan ke atas menteri besar dan parti politik yang memenangani pilihan raya di peringkat negeri.

Bagaimanapun, jelas beliau, sikap buruk dan ketidakihlasan Kerajaan Pusat untuk membawa pembangunan ke negeri-negeri di bawah penguasaan pembangkang meletakkan negeri-negeri berkenaan terus ketinggalan.

Annuar yang berada di dalam kabinet sebelum ini, mengakui beliau sendiri melakukan kesilapan kerana tidak mengamalkan sikap yang adil kepada semua negeri.

Justeru, kata beliau, apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya dibentuk tempoh hari, ia adalah peluang terbaik untuk memperbetulkan keadaan tersebut.

Bagaimanapun, ujar beliau, kerajaan itu telah ditumbang kerana dikhianati oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang beliau labelkan sebagai pengkhianat agama dan bangsa.

Beliau yang berucap berkempen di Kelantan selaku ahli Pas berkata, bagi menyelesaikan masalah itu formula yang paling ampuh adalah dengan merampas keenam-enam negeri pada pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini dan seterusnya menukarkan kerajaan di Putrajaya.

Oleh itu beliau menyeru semua pengundi tidak teragak-agak untuk mengundi PN pada pilihan raya kelak dan memberi mandat supaya kerajaan persekutuan dapat digoncang.

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button