Rencah Hidup

Kembara sehari ke Satun puas dapat menikmati makanan unik

PAS sempadan sudah siap di tangan sebaik saja kerajaan mengumumkan permohonan sudah boleh dibuat.

Tapi dua bulan lebih jugalah “buku biru muda” ini tersimpan dalam laci, gara-gara tak ada “geng” untuk masuk ke Thailand yang jarak perjalanan cuma
yang terhad dalam wilayah Songkhla.

Keputusan untuk masuk ke sana juga agak pantas, “kak esok kita ke Satun (orang Perlis sebut Setoi)” ujar Yin yang sudah biasa memandu kereta dengan sendiri ke sana.

Itupun setelah antara kami sudah buntu mencari-cari tempat hendak meraikan seorang rakan yang bakal bertugas di Kuala Lumpur.


Khabar ini sangat menggembirakan kerana sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang hampir dua tahun, tertanya-tanya juga penulis dengan wajah baharu pekan Satun dan sekitarnya.

Kami berempat sepakat memilih untuk melalui pintu Wang Kelian kerana jaraknya lebih dekat jika mahu ke Satun.

Seperti dijangka, begitu cepatnya pembangunan di wilayah Satun.

Perjalanan menjadi lebih lancar dengan jalan raya yang telah dinaik taraf.

Mata juga ralit menikmati pemandangan bentuk rumah dengan rekaan lebih moden dengan persekitaran yang cantik lagi bersih.

Tidak cukup dengan itu, kemudahan tempat makanan halal cukup banyak di sepanjang jalan, pilih yang mana suka.

Apapun kami bercadang untuk ke Tan Yo Pao (tulisan pada papan tanda jalan) tapi disebut Tanjung Pauh sebuah restoran milik Melayu Islam di tepi pantai.

Semua berpuas hati dapat menikmati makan tengah hari ala Thai seperti tomyam termasuk pemanis mulut aiskerim kelapa muda 40 bath semangkuk sambil dibuai angin lembut laut Selat Melaka.

Sebelum bertolak balik, kami merancang untuk menikmati kopi yang cukup enak di Cafe Amazon.

Juga tidak lengkap kalau masuk Thai tidak singgah di 7 Eleven tetapi perlu hati-hati kalau membeli makanan bimbang terambik yang tidak halal.

Dalam perjalanan pulang, sempat kami singgah di pasar malam di Kubang Belut atau pada papan tanda jalan ditulis Khubangpaload.

Tidak disangka, kuih muih unik ditemui di sini, peniaga tidak ramai tapi masing-masing dengan jualan berbeza.

Apom balik dengan isinya kelapa muda dan jintan hitam memang menarik lagi sedap.

Kalau pulut ayamnya pula digandingkan bawang yang digoreng sendiri (bukan dalam
pek) dan dicampur dengan serdak dari lebihan tepung goreng ayam memang rasanya sangat mengujakan.

Tidak cukup dengan itu, ada creepe gulung dalam pelbagai warna.

Takoyaki di sini juga berbeza kerana isinya seperti sotong, ayam dan ketam dicampur sayur manakala bahagian atasnya ditabur Kizami Nori.

Selain pelbagai jenis ala lokchin yang berasaskan isi ayam dan ikan yang dibuat sendiri dalam pelbagai bentuk dengan sos buatan sendiri.

Puas hati kami berempat, bertemu dengan pelbagai makanan unik untuk dibawa pulang sekalipun mulanya berhadapan dengan pertuturan bercakap bagai “ayam dengan itik”. SM

(Visited 111 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button