Jenayah

Kedi wanita dakwa dicabul dua pegawai kanan tentera

Seorang kedi wanita berusia 21 tahun mendakwa dicabul dua pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel sewaktu bermain golf di sebuah kelab di Alor Gajah. Melaka di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Melaka, Zainol Samah berkata, polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut selepas mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

“Dalam laporan yang dibuat, mangsa mendakwa dua pegawai tentera dari sebuah kem di Negeri Sembilan berusia 51 dan 52 tahun telah mencabulnya sewaktu sedang bekerja di kelab golf berkenaan.

“Polis membuka kertas siasatan bagi membolehkan tindakan lanjut dibuat ke atas kedua-dua pegawai kanan tentera itu,” ujarnya dalam satu kenyataan malam tadi.

Zainol berkata, kedua-dua pegawai kanan tentera itu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubungan kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu beliau berkata, polis juga turut menerima dua laporan daripada salah seorang pegawai terbabit berusia 52 tahun dan seorang lagi rakan mangsa yang dicabul.

Jelasnya, laporan yang diterima daripada suspek menafikan berlakunya kejadian tersebut manakala rakan mangsa pula mendakwa tidak melihat insiden yang berlaku.

Sehubungan itu katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. – SM

 

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button