NasionalParlimenUncategorized

Kecoh dalam Dewan Rakyat: Radzi Jidin diarah keluar

KALAU tak kecoh dan hingar bingar Dewan Rakyat, itu bukan Parlimen Malaysia. Ya, hari ini sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kecoh dan tergendala apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyebut pentadbiran terdahulu juga pernah membuat keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) dalam beberapa kes terdahulu.

Anwar ketika menjawab DNAA Timbalannya yang juga merupakan Presiden UMMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah keputusan Peguam Negara mengikut 145 (3) dan beliau menafikan campur tangan dalam perkara itu.

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Pada masa sama, Anwar turut menyentuh Putrajaya pernah membuat perkara yang sama semasa pentadbiran terdahulu dengan merujuk Siti Aisyah yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh warga Korea Utara, Kim Jong-Nam selepas pendakwa raya menggugurkan pendakwaan terhadap wania itu pada Mac 2019.

Anwar juga merujuk perintah DNAA turut direkodkan bagi kes Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mendakwa Long Samat pada 1974, TPR dakwa Johnson Tan Han Seng (1977) serta TPR dakwa Zainuddin dan Anor (1986) serta kes Karpal Sing dan Anor (1991).

Ia membuatkan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin bangun dan teriak meminta Anwar menarik semula tuduhannya dengan menggunakan Aturan Mesyuarat 36(6) kerana mendatangkan sangkaan jahat.

Radzi meminta Speaker, Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan supaya Anwar menarik semula ucapannya berikutan ia mencalar maruahnya dan tiada kena mengena dengan dirinya.

Keadaan itu membuatkan Dewan Rakyat panas dengan beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang bangun mencelah termasuk Hulu Langat dan Sungai Petani yang meminta Radzi duduk.

Johari meminta Anwar mengesahkan perkara itu dengan Ahli Parlimen Tambun itu sekali lagi meneruskan sesi itu dengan berkata, DNAA terhadap Ahmad Zahid bukanlah suatu pertuduhan kali pertama selepas kes prima facie dibuktikan.

“Ahli Parlimen di sebelah sana (pembangkang) yang tidak mahu disebutkan kerana takut menyinggung.

“Dalam kes DNAA dibangkitkan, keputusan akhirnya daripada Peguam Negara.

“Ketika saya disergah secara biadap, saya jawab dan saya kata memang betul Putrajaya (Radzi) tahu kerana pentadbiran terdahulu dan bekas Peguam Negara.

“Sebab itu dia tak tahan nak dengar penjelasan kerana mereka biasa dengan sistem berkenaan, mereka ingat saya akan teruskan dengan sistem itu sebab itu saya jawab dengan tegas,” kata Anwar.

Johari kemudian memberi penghormatan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk memberikan ulasan.

“Yang Berhormat Perdana Menteri buat Putrajaya jadi sebagai satu tuduhan maka sebab itu Putrajaya bangun kerana merasakan tak adillah buat tuduhan kalau betul pun ada jelas, biarlah betul-betul selepas sudah ada bukan sebelum ada.

“Ini membuatkan Putrajaya bangkit untuk selamatkan maruah dia. Kita bincang DNAA perkara yang sudah berlaku.

“Ini perkara tiada kena mengena dengan Putrajaya tak adil sebab itu dia bangun pertahankan maruah dia. Sebab itu YB (Anwar) selesaikan tarik balik,” kata Hamzah.

Pertikaman lidah antara pihak pembangkang dan kerajaan berlarutan kira-kira setengah jam sehingga membuatkan Johari mengarahkan Radzi Jidin keluar dari sesi berkenaan sebelum Hamzah mencelah.

“Putrajaya ingin jaga maruahnya sendiri tetapi apabila dituduh Perdana Menteri tiba-tiba pentadbiran dulu pusing, itu tak dapat diterima.

“Kalau Speaker meminta Putrajaya keluar maknanya maruah kami juga. Kita semua akan keluar, saya tak boleh terima sesuatu yang tak adil. Kita mahukan keadilan,” kata Hamzah lagi.

Serentak itu, Radzi dan juga beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang bangun dan keluar meninggalkan sesi Dewan Rakyat. – SM

BACA Syed Saddiq kata Ahli Parlimen blok kerajaan hipokrit!

BACA Kalau pembangkang tidak boleh bersangka jahat dengan kerajaan, tutuplah Parlimen

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button