Nasional

Kaligrafi Cina, tulisan Jawi: Saya keliru, kita di Malaysia atau di China

LAPORAN berita bercorak kemasyarakatan berkaitan Bengkel Seni Kaligrafi Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai yang diadakan semalam terus mendapat perhatian.

Ia gara-gara televisyen swasta tersebut melaporkan bahawa ‘Kaligrafi Cina Pupuk Semangat Perpaduan’. Laporan berkenaan menimbulkan persoalan masyarakan kerana pada masa yang sama ketika ini tulisan Jawi yang merupakan warisan rakyat Malaysia ditolak sama sekali untuk diajar di sekolah jenis kebangsaan.

Seorang pendakwah Islam berketurunan Cina, Firdaus Wong Wai Hung antara yang  menyatakan kekeliruan mengenai kedudukan kaligrafi Cina dan tulisan Jawi di Malaysia.

“Belajar kaligrafi Cina dapat menyatu-padukan rakyat Malaysia manakala belajar Jawi ditentang habis-habisan?
.
“Kenyataan begini menjadikan saya keliru. Kita di Malaysia atau di China dan bahasa kebangsaan kita apa sebenarnya?” tanya Firdaus.

Sementara itu dalam isu yang sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta semua pihak agar tidak bersikap pilih kasih dalam pertimbangan dan penilaian berkaitan tulisan Jawi dan kaligrafi Cina.

“Berlaku adilah dalam pertimbangan! Tatkala tulisan Jawi dan khat menjadi mangsa polemik dan diperlekehkan bagaikan pencetus keresahan kaum, kaligrafi Cina pula diangkat sebagai alat pemupuk perpaduan.

“Hentikanlah sikap rasis yang hanya melihat daripada kaca mata kepentingan kaum sendiri sehingga menidakkan hak orang lain.

“Hormatilah tiang-tiang seri Perlembagaan yang selama ini menjadi asas kestabilan dan keharmonian rakyat pelbagai agama dan kaum dalam negara,” kata Asyraf Wajdi.

Tulisan Jawi menjadi isu ketika ini apabila Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berusaha keras memastikan tulisan Jawi tidak diajar di sekolah vernacular.

Malahan kain pemidang menolak tulisan Jawi turut dilihat digantung di beberapa sekolah jenis kebangasan.

Bantahan kumpulan itu sampai kepada kemuncak apabila mahu mengadakan kongres yang menghimpunankan persatuan Cina Malaysia untuk menolak pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernacular.

Namun pihak polis berjaya menghalang kongres yang dikatakan menimbulkan keresahan masyarakat dan ketidak tenteraman awam apabila berjaya mendapatkan perintah mahkamah.

Dong Zong tidak berputus asa dan pada Khmais lalu persatuan Cina berjaya menyerahkan memorandum penolakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular kepada Kementerian Pendidikan.-SM

 

(Visited 832 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button