AgamaNasionalNegeri

JPV Perlis keluarkan 1,075 permit sembelih haiwan korban

SEBANYAK 1,075 permit menyembelih haiwan korban telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis (JPV Perlis) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Daripada 791 Permit Sembelih Luar (PSL) dikeluarkan bagi penyembelihan lembu dan kerbau, manakala 284 PSL dikeluarkan bagi menyembelih kambing telah dimohon untuk dilaksanakan di luar rumah penyembelihan seperti masjid, surau atau mana-mana lokasi yang menjalankan ibadah ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan kakitangan JPV di Kangar, semalam.

Selain itu, terdapat juga penyembelihan yang berjalan di Rumah Sembelih Jabatan di Jejawi serta Rumah Sembelih Swasta yang ditauliahkan.

Demikian seperti yang dipersembah maklumkan ke hadapan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Timbalan Pengarah JPV Perlis, Dr. Madihah Mohd Zin, semalam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan melawat JPV Perlis di Kangar, semalam.

Pemangku Raja Perlis berkenan berangkat ke Kompleks Veterinar Negeri Perlis di Kangar bagi menerima sembah taklimat berkaitan perkembangan pengurusan ibadah korban di negeri ini sempena Zulhijjah bagi tahun 1444H kali ini.

Menurut Dr. Madihah, pihak JPV Perlis turut akan melaksanakan pemantauan secara berkala kepada aktiviti penyembelihan korban yang dilaksanakan di lokasi-lokasi yang dibenarkan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cederamata dari Dr. Madihah Mohd Zin di Kompleks Veterinar Negeri Perlis, di Kangar, semalam.

“Tujuan pemantauan berkenaan adalah sebagai langkah bagi memastikan aktiviti penyembelihan korban dijalankan dengan lebih teratur dan bersih bagi mengelakkan penyakit bawaan daging sembelihan korban yang boleh mengancam keselamatan makanan serta kesihatan awam selain mengambil kira kebajikan haiwan semasa ibadah korban dilaksanakan.”, tambah beliau.

Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat bagi menyantuni 4 buah rumah asnaf termasuk seorang mangsa kejadian ribut yang berlaku pada petang semalam.

Baginda turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis bernilai RM1,500 disampaikan Pengarahnya, Ku Chik Ku Mat Esa.

Baginda turut menyampaikan sumbangan MAIPs bernilai RM700 setiap seorang kepada semua penerima beserta barangan keperluan harian ‘Kit MAIPs Peduli’ dan beras fidyah. – SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button