Alam SekitarNasional

Jerebu: Kualiti udara lima kawasan merosot

JEREBU dilihat kembali melanda Semenanjung Malaysia apabila kualiti udara di lima kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Lima kawasan berkenaan terletak di dua negeri iaitu Selangor; Petaling Jaya, Klang dan Banting serta Pahang pula di Rompin.

Di Rompin Pahang, bacaan IPU melebihi 100 dicatatkan sejak pukul 3 pagi tadi apabila kualiti udara berada pada paras 103.

Kemudian tren peningkatan bacaan direkodkan sehingga pukul 11 pagi tadi dengan bacaan 136 dicatatkan sementara yang tertinggi direkodkan sejam sebelum itu sebanyak 140.

Di Selangor, setakat pukul 11 pagi tadi, stesen bacaan kualiti udara di Johan Setia, Klang mencatatkan kemerosotan paling ketara dengan 188 IPU direkodkan.

Kualiti udara tidak sihat direkodkan sejak pukul 12 tengah hari semalam pada kadar IPU sebanyak 158 dan tren kemerosotan terus dilihat sehingga pukul 11 pagi hari ini.

Sementara di Banting, Selangor pula mencatatkan kualiti udara kedua terendah dengan bacaan IPU sebanyak 165 pada waktu yang sama.

Kualiti udara merosot di sana dilihat berlaku sejak pukul 11 malam tadi apabila bacaan IPU tidak sihat iaitu 117 direkodkan.

Di Petaling Jaya kualiti udara merosot sejak pukul 3 pagi apabila mencatatkan bacaan IPU pada 111 dan terus meningkat sehingga 149 pada pukul 8 pagi.

Bacaan terakhir IPU di kawasan berkenaan pada pukul 11 pagi tadi adalah 142.

Sementara di Klang, Selangor kualiti udara merosot sejak pukul 10 pagi tadi dengan bacaan IPU pada 110 dan meningkat kepada 119 pada pukul 11 pagi.

Dalam pada itu terdapat beberapa kawasan seperti di Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan mencatatkan tren penurunan kualiti udara.

Di Pulau Pinang, Seberang Jaya mencatatkan penurunan kualtiti udara berlaku apabila perbandingan dibuat pada pukul 12 tengah malam tadi (IPU 72) dan 11 pagi (IPU 84).

Begitu juga kualiti udara di Seberang Perai apabila bacaan IPU menunjukkan kemerosotan iaitu 64 pada pukul 12 tengah malam tadi dan 84 pada pukul 11 pagi.

Sementara di Kedah pula, kualiti udara di Alor Setar menghampiri zon tidak sihat apabila bacaan IPU berada pada paras melebihi 90 dari pukul 12 tengah malam tadi.

Di Kuala Lumpur, Stesen Pengawasan Kualiti Udara di Batu Muda dan Cheras turut mencatatakn tren kemerosotan sejak pukul 12 tengah malam tadi.

Sehingga kini, Batu Muda catat bacaan IPU 83 berbanding 80 pada pukul 12 tengah malam tadi dan Cheras catat bacaan IPU 95 berbanding 83 pada waktu sama.

Di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan pula, bacaan IPU pada pukul 11 pagi tadi berada pada paras 93 lebih tinggi berbanding 80 pada pukul 12 tengah malam.

Stesen Pengawasan Kualiti Udara di Shah Alam pula catatkan bacaan IPU sebanyak 95 pada pukul 11 pagi berbanding 88 pada pukul 12 tengah malam.

Negeri lain yang turut mencatatkan tren kemerosotan kualiti udara adalah Negeri Sembilan dengan bacaan IPU tertinggi di Nilai dan Seremban iaitu 95.

Kemerosotan kualiti udara di kedua-dua kawasan itu dapat dilihat menerusi perbandingan pada pukul 12 tengah malam tadi iaitu Nilai (88) dan Seremban (91). – SM

 

(Visited 438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button