Hiburan

‘’Memang saya ada baca jampi untuk suami’’- Datin Thalia jelaskan keadaan sebenar

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri yang sering lakukan live di TikTok baru-baru ini dikecam oleh netizen kerana ada yang terlihat dirinya jampi setiap kali memasak untuk suaminya.

Ia mengaku namun jelasnya bukan lah jampi kotor seperti yang diwarwarkan hanya membaca doa-doa suci dari kalimah Allah yang diajar oleh ustaz bagi menawan hati suami, Datuk Shahriza Amir melalui air tangannya.

‘’Ya saya memang mengaku baca jampi, memanglah kita kena tundukkan suami, itu hak kita bagi saya, memang akan pertahankan suami saya dan tawan hati melalui air tangan.

‘’Saya tahu dosa pahala, Alhamdulillah. Saya hanya amalkan selawat dan zikir Ya Latif setiap kali masak sebab bila kita masak kena pastikan air tangan kita bersih, masakan sedap dan diberkati’’, katanya yang ditemui pada sidang media sempena selepas Majlis Talia Glitz Raya – Budaya Bertemu Busana bersama rakan media di sini.

Terdahulu, Thalia, 38, ditanya mengenai hal itu apabila satu klip video konon dirinya mengaku sedang menjampi masakan tular dan mendapat pelbagai respon netizen.

Datin Thalia menafikan jampi suaminya sebaliknya hanya bacaan doa yang dianjar oleh ustaz dari ayat Al Quran

Ada netizen yang menyokong malah ada yang turut menegur Thalia dan mengatakan ia perbuatan syirik.

“Saya memang suka live masak, kalau nampak kumat kamit tu saya baca doa, jampi doa… bukan benda karut.

“Mungkin netizen salah faham, kalau yang selalu ikut saya dia tahu sebab saya memang suka bergurau,” katanya yang juga mesra disapa Bunda Lia.

Pengasas produk kecantikan dan penjagaan peribadi jenama Talia itu berkata sebagai wanita, perlu sentiasa curi masa memasak untuk suami dan keluarga.

Dalam perkembangan terbarunya, Thalia melancarkan kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini menawarkan motorsikal sebagai penghargaan buat pelangganya yang terus menyokong jenama Dolly Milk.


Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal itu, Talia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.

“Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan.

“Lebih menarik size sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja,” katanya.

Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.

Tambahnya, satu lagi produk Talia ialah Glam V iaitu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte.

Dalam usaha menggalakkan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.

“Sertai keluarga kami dan kami akan bimbing untuk kita sama-sama berjaya,” katanya yang mula aktif berniaga sejak 2018.

Kongsinya, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk.

Sementara itu, beliau juga mengakui Ramadan kali ini sangat bermakna kerana dapat bertemu dengan bapanya yang sudah berpisah sejak 30 tahun.

 

“Macam saya katakan sebelum ini, saya tak mahu fikir yang dulu-dulu, sekarang Allah bagi peluang saya sebagai anak akan cuba yang terbaik,” katanya.

Artikle Berkaitan :>

Kongsi video bersama ayah kandung, adik-beradik Madamu bakal disaman RM10 juta

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button