Politik

Jelajah Perpaduan Madani pentas pencerahan mengenai Felda

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggunakan pentas Jelajah Perpaduan Madani di Bandar Baru Bangi malam tadi untuk memberi pencerahan mengenai keputusan atau langkah kerajaan mengenai Felda dan nasib peneroka.

Di majlis yang sama, Anwar turut mencerakinkan usaha kerajaan dalam meningkatkan pelaburan, meredakan kadar inflasi ke 2.8% dan melonjak pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2023 melebihi negara tetangga di rantau ini.

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di majlis Jelajah Perpaduan Madani di Bandar Baru Bangi malam tadi. – GAMBAR FACEBOOK

“Saya sentuh beberapa perkara. Antaranya, saya turut mempersoalkan naratif yang cuba dilemparkan ke arah Kerajaan Perpaduan setakat ini.

“Sehingga kini belum ada kritikan yang bernas dan membina dari pihak sana,” kata Perdana Menteri Anwar dalam catatan di akaun Facebook.

Beliau berkata, serangan demi serangan hampir setiap hari hanya berbentuk adu domba dan fitnah yang diulang-ulang.

“Ini tidak mengejutkan tatkala rakyat dan negara telah saksikan dalam beberapa siri sidang Parlimen yang lalu betapa kontang dan lemahnya isu yang cuba dibawa oleh pembangkang,” katanya.

Tambah beliau, rakyat dan negara ini perlukan kestabilan dan kestabilan penting untuk kita paculkan ekonomi yang kuat dan rakyat yang bersatu padu yang tidak dipecahkan dengan adu domba perkauman dan agama.

“Kestabilan tidak mungkin kita terjemahkan dengan baik sekiranya setiap minggu, setiap bulan rakyat dihidangkan dengan cerita gerakan dalam gelap untuk menumbangkan kerajaan.

“Sekiranya berani dan benar “dah cukup jumlah”, gunakan saluran yang betul dan demokratik melalui Usul Undi Tidak Percaya di Parlimen dan kerajaan bersedia berdepan dengannya,” tegas Anwar.

Dalam majlis yang sama, pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah menzahirkan hasrat untuk berpadu pada pilihan raya negeri akan datang dengan semangat persahabatan dan perpaduan yang tinggi bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat membentuk kerajaan-kerajaan negeri pada 12 Ogos kelak, insya-Allah, katanya. – SM

BACA

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button