Belang Bertempat

Jangan main sedap cakap RM114 juta dalam akaun tidak beraudit

APA benarkah seperti yang meniti daripada mulut ke mulut tentang wujudnya akaun tersembunyi dalam UMNO? Perkara seumpama ini, jangan main tuduh-tuduh kerana tanpa bukti yang kukuh, tanpa adanya dokumentasi yang membuktikan seperti mana yang didakwa, sila jangan main sedap cakap atau seronok menitip papan kekunci atau alat peranti canggih di tangan.

Akaun tersembunyi dan tidak diaudit katanya, ada RM114 juta. Kalau benarlah atas nama UMNO akaun berkenaan, semestinya ia didaftar dan diaudit.

Perlukah disekolahkan untuk mendapatkan rasional mengapa perenggan atas ditulis? Tidak mengapa, diberikan pencerahan di sini.

Sekiranya akaun dengan jumlah berkenaan dicanangkan milik UMNO tetapi tidak diaudit, sudah tentunya parti itu akan mendapat surat cinta dari pihak penguasa. Tidak mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak nampak.

Begitu juga dengan pihak-pihak penguasa lain, sudah tentu siasatan akan dibuat.

Persoalannya, macam mana perkara ini boleh tiba-tiba timbul? Apakah ini permainan satu lagi puak pemain politik yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan UMNO dapat dihapuskan? Sekadar satu pertanyaan namun jika mendapat jawapan, elok juga!

Berpijaklah di bumi nyata. Jika benarlah UMNO ada akaun dengan jumlah yang tersebut itu dan tidak pula diaudit, sudah sah-sahlah parti itu dibatalkan pendatarannya.

Kalau dibatalkan makanya segala milik UMNO akan dirampas, termasuklah duit dalam akaun parti. Logik? Ya logik.

Sayugia diingatkan, tidak kiralah siapa sahaja termasuk pemimpin dan pemain politik, Malaysia ada undang-undang dan bukannya jungle law.

Kita tidak mengamalkan undang-undang hutan. Hanya tarzan sahaja yang guna pakai undang-undang hutan. Jadi, biar apa pun pendekatan yang mahu digunakan untuk menyerang UMNO, janganlah main belasah sahaja.

Biarlah nampak cerdik dan berfakta serta jitu. Sampai bilakah mahu buat perangai seperti kanak-kanak sekolah rendah? Sudah-sudahlah.

Dalam keadaan rakyat mengeluh susah kerana ekonomi tidak berkembang, hilang pekerjaan, tiada kerja, susah nak berniaga dan cari makan kerana pandemik Covid-19, lebih baik para pemain politik lakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk rakyat Malaysia.

Bulan ini, hari ini ialah sambutan Tahun Baru Cina masyarakat Tionghua. Kasihan mereka kerana kemeriahan bunga api dan mercun tidak seperti tahun-tahun sebelum kita dilanda wabak koronavirus.

Makan besar di rumah, ada yang tidak boleh pulang ke kampung halaman untuk makan besar malam tadi dengan ibu bapa, adik beradik dan keluarga kerana akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 serta prosedur standard operasi (SOP) yang merubah 360 darjah norma baharu kehidupan kita semua.

Jangan ada niat jahat untuk menjahamkan parti UMNO. Kuasa di tangan bukan kekal selama-lamanya. – SM

(Visited 960 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button