Belang Bertempat

Anwar ada nombor, ramai yang mengelupur, ada ibarat cicak tertelan kapur

SEBELUM Datuk Zaini Hasan bos kepada Bebas News tibai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengkhianat ada satu lagi portal iaitu Edisi9 turut membuat tuduhan yang sama.

Edisi9 juga ditubuhkan oleh bekas kakitangan Utusan Malaysia yang digulung tikar dan kini diberi nyawa baharu oleh Media Mulia. Penulis Edisi9 Zulkiflee Bakar merupakan bekas bos kanan di Utusan.

Kedua-dua mereka menuduh Zahid sebagai pengkhianat kerana dikatakan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Daripada tulisan kedua-dua mereka Belang mengesan ada unsur-unsur tidak puas hati terhadap Presiden UMNO dan cara beliau menguruskan parti.

Tulisan itu juga lebih berbentuk andaian dan fakta yang diperolehi daripada pihak yang anti-Zahid.


Di Media sosial tulisan berkenaan dianggap didalangi oleh Tun Dr. Mahathir  atau terpengaruh dengan pemikiran pemimpin berkenaan bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Untuk menafikan seratus peratus salah tulisan itu salah juga tidak wajar kerana memang ada gerakan sedemikian. Tetapi apakah dengan bekerjsama dengan Anwar sahaja dianggap sebagai pengkhianat.

Sejak bila pula Anwar dianggap pengkhianat negara dan siapa sahaja yang bekerjasama dengan beliau turut dilabel sebagai pengkhianat.

Kes di Perak jelas sekali Zahid berunding dengan PH untuk membentuk kerajaan, tetapi tidak mahu menerima secara en-bloc iaitu bekerjasama dengan DAP.

Bagaimanapun kerjasama itu terbatal kerana tidak mencapai kata sepakat dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikekalkan dengan hanya menggantikan menteri besar.

Zaini juga membangkitkan soal kedua-dua pemimpin UMNO itu iaitu Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mahu membebaskan diri mereka daripada kes di mahkamah adalah tidak benar sepenuhnya.

Tidak salah Zahid dan Najib berusaha membebaskan diri daripada tuduhan di mahkamah dan itu merupakan semua warga negara. Semua warga negara juga berhak mendapat pengadilan yang seadilnya, tanpa campur tangan politik.

Zahid dan Najib berkali-kali berkata mereka mahu membersihkan nama masing-masing di mahkamah dan meminta tiada campur tangan politik.

Sebagai wartawan Belang lebih berminat mencari fakta dan kisah sebenar. Kadangkala ia tidak perlu dimuntahkan semuanya kepada pembaca.

Hari ini pula Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan sidang akhbar juga kerana ekoran Anwar mendakwa mempunyai 113 sokongan.

Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh menawarkan diri untuk menjadi kerajaan bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan kehilangan kuasa esok kerana dijangka kalah dalam undian bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Kita saksikan apakah esok masih ada buat kerajaan PN.

 

(Visited 1,073 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button