Politik

Jaminan PAS orang bukan Melayu tak akan dipinggirkan, diperlekehkan

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang sebagai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) pada malam Selasa,  baru-baru ini berjanji orang bukan Melayu tidak akan dipinggirkan jika PAS menang PRN pada 12 Ogos ini.

“Orang bukan Melayu jangan takut. Jangan risau. Islam menggalakkan keadilan dan kesaksamaan. Orang Melayu adalah orang yang hebat. Di Kelantan (dan) Terengganu, Cina dan India semuanya hidup dengan gembira di kampung Melayu,” katanya.

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang

Janji Abdul Hadi tidak dapat diterima oleh bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago sebaliknya beliau mencemuh dakwaan Presiden PAS itu bahawa orang bukan Melayu tiada sebab takut kepada parti itu menjelang PRN 12 Ogos ini.

Kata Santiago, PAS tidak perlu membuat kenyataan sedemikian jika ia tidak menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang bukan Melayu.

“Bagaimana anda menjelaskan tindakan mendenda seorang wanita Cina berseluar pendek di khalayak ramai?” kata Santiago dalam kenyataan yang merujuk kepada insiden yang berlaku pada Jun lalu.

Dalam insiden tersebut, seorang pemilik perniagaan didenda Majlis Perbandaran Kota Bharu kerana melanggar undang-undang kecil “pakaian tidak sopan”.

Santiago mendakwa bahawa parti PAS melaksanakan ideanya mengenai “haram” ke atas orang bukan Islam berdasarkan alasan kekurangan pawagam di Kelantan dan pengasingan jantina antara lelaki dan wanita di Terengganu.

Kata Santiago lagi, undang-undang pengasingan jantina dilaksanakan ke atas salun rambut uniseks di Terengganu yang akan didenda sehingga RM1,000 jika melanggarnya.

“Bukankah ini menjejaskan perniagaan bukan Melayu juga?” soal Santiago.

Terus-terusan mendakwa terdapat desakan daripada PAS untuk menjadikan Islam sebagai politik arus perdana, Santiago juga mempersoalkan sama ada jaminan-jaminan yang dibuat oleh parti itu tidak akan melaksanakan nilai Islam terhadap semua orang tanpa mengira agama, “khasnya jika ia menjadi kerajaan persekutuan pada pilihan raya akan datang.” – SM

 

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button