fbpx
Berita

Isu Uyghur: Negara Islam perlu kemuka bantahan terhadap China

Kami mendesak supaya negara Islam tidak lagi mendiamkan diri terhadap penderitaan umat Islam terutama etnik Uyghur di China.

Berita bergambar yang menunjukkan penyiksaan sangat brutal dan tidak berprikemanusiaan terhadap etnik Uyghur Muslim di China tidak lagi boleh didiamkan.

Kami kesal negara-negara Islam maseh mengutamakan hubungan perdagangan lebih dari membela nasib umat Islam dizalimi di China.

Kami mengingatkan kepada semua pemimpin negara-negara Islam bahawa tuntutan membela saudara Islam yang ditindas adalah kewajipan setiap individu. Bahkan tuntutan ini lebih berat dilakukan ke atas pemimpin-pemimpin negara Islam.

Sementera kami menolak hegemoni negara barat terutama Amerika Syarikat ke atas China, namun kami tidak dapat menerima sikap pasif pemimpin-pemimpin Islam terhadap nasib Uyghur di China.


Berita kerajaan China kini mengarahkan pelbagai tindakan menyekat amalan agama Islam dikalangan rakyatnya mesti dikecam.

Proses “pengchinaan Islam” iaitu menukar amalan Islam sesuai dengan budaya China termasuk larangan berpuasa, mengguna papan tanda Halal, solat dimasjid, berjubah , bertudung, berjanggut, mengajar agama kepada anak-anak Islam, mesti dibantah oleh setiap pemimpin Islam.

Ini adalah program melenyapkan identiti Islam dikalangan umat Islam di China.

Tindakan kerajaan China yang secara brutal melancarkan program kononnya “de-radikalisasi” keatas lebih sejuta warga Uyghur di puluhan kem tahanan di Xinjiang dilaporkan sangat kejam.

Memaksa makan daging babi, minum arak , menuai organ dari tubuh badan mangsa tahanan, memaksa mengistihar keluar Islam, kahwin paksa gadis Uyghur dengan lelaki komunis dan menyiksa mereka dengan sangat zalim kerana tidak memberi maklumat yang dikendakki adalah antara kengerian testimoni yang disampaikan oleh ramai mangsa kezaliman China yang dapat melarikan diri.

Kami mendesak negara-negara Islam bersatu menyatakan bantahan terang-terangan kepada China keatas isu Uyghur khususnya dan kedudukan umat Islam di China amnya.

Kami tidak boleh menerima alasan negara-negara Islam bahawa menjaga hubungan diplomatik dan perdagangan dengan China perlu diutamakan dan dengan ini menyebabkan nasib umat Islam di China diketepikan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM.

Show More

Related Articles

Back to top button