Belang Bertempat

Isu Tan Sri Azam Baki: Di mana salah dan silapnya?

SEHARI dua ini perkara paling hangat di media sosial ialah kes atau pun isu Tan Sri Azam Baki, Ketua Pengarah (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Di mana silapnya ?

Adakah dengan membeli saham di pasaran terbuka, satu kesalahan ?

Adakah kerana Adik guna nama Abang untuk beli saham, satu kesalahan ?

Semua perkara ini mengundang pelbagai persoalan tanpa sebarang jawapan yang tepat.


Cybertrooper DAP dan pembangkang mengambil peluang keemasan ini untuk menyerang KP SPRM dan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara bertali-arus tanpa henti.

Seolah-olah Isu ini mahu disamakan dengan Skandal Kewangan 1MDB.

Seolah-olah ini satu kes rasuah yang besar.

Sebenarnya, TIDAK.

Ini bukan kes rasuah. Ini bukan satu skandal kewangan.

Setakat hari ini, ini merupakan Satu Isu Intergriti dan Good Governance (Tadbir Urus Kerajaan yang baik).

Kecualilah, pihak Polis di dalam siasatan mereka mendapati ada salah guna-kuasa atau sebarang bentuk jenayah di lakukan.

Masalahnya, Persepsi Buruk Rakyat terhadap Azam Baki menjadi bertambah parah, apabila Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah telah mengeluarkan kenyataan “Membersihkan Azam Baki” dari sebarang salah laku.

Kenyataan Media Abu Zahar seolah-olah datang dari Lembaga tersebut.

Tetapi sekarang amat jelas, Ahli-Ahli Lembaga yang lain tidak bersetuju dengan Kenyataan Media Abu Zahar.

Ini memberikan persepsi seolah-olah Abu Zahar dan Kerajaan mahu melindungi dan membersihkan Azam Baki.

Ini juga memperlihatkan seolah-olah Abu Zahar mahu menyembunyikan sesuatu daripada Rakyat dan pihak Penguatkuasa.

WHAT ARE HIGH MORAL, INTEGRITY AND ETHICAL STANDARDS ?

Integrity is the qualifications of being honest and having strong moral principles.

In ethics, integrity is regarded by many as the honesty and truthfulness of one’s action.

WHAT ARE THE REASONS FOR ETHICAL STANDARDS IN THE PUBLIC SECTOR ?

High ethical standards in the public sector is important because it establishes the benchmark of conduct to be achieved by the public servant.

I.e. Good Governance.

Skandal Ahli Politik dan Penjawat Awam adalah sesuatu perkara yang sering berlaku di seluruh dunia, termasuk di Negara Barat dan Eropah.

Ahli Politik dan Penjawat Awam tidak seharusnya di letakkan agar mempunyai standard etika yang lebih tinggi (higher ethical standard), dari rakyat biasa, kerana mereka juga manusia biasa, tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak harus ada Standard Etika Yang Tinggi ?

Sudah sampai masanyaMalaysia perlu mempunyai Etika (Ethics) yang tinggi untuk Menteri, Ahli-Ahli Politik, Penjawat Awam Tertinggi dan Rakyat Jelata.

Penjawat-penjawat Awam Tertinggi dilantik oleh Kerajaan untuk berkhidmat dan menjalankan tanggung-jawab terhadap Rakyat dan Negara dengan penuh dedikasi, telus, jujur, berintergriti serta seharusnya mengamalkan Tabir Urus Yang Baik Untuk Negara (Good Governance).

Tanpa Nilai-nilai Takbir Urus yang baik (Good Governance), Kerajaan pada hari ini tidak akan dapat di tadbir dengan baik kerana akan berlakunya perkara-perkara seperti berikut:

(i).   Rasuah.

(ii).  Salah Guna Kuasa.

(iii). Ketidak-Adilan didalam mentadbir.

(iv).  Pilih Kasih.

(v).   Perkauman (Racist).

(vi).  Tidak Mematuhi Ke Daulatan Undang-Undang (Rule of Law).

APA TINDAKAN KERAJAAN ?

Apa tindakan Kerajaan ? Kerajaan setakat hari ini belum mengambil sebarang tindakan kecuali memaklumkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti akan lakukan siasatan terhadap Azam Baki berkenaan dengan soal pembelian saham tersebut. Dan pihak Polis akan lakukan siasatan sekiranya terdapat sebarang bukti salah-laku jenayah.

Menteri Undang-Undang (JPM), Datuk Dr. Wan Junaidi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan samada Azam Baki perlu di siasat atau tidak oleh Satu Badan Bebas (An Independent Inquiry Board) atau oleh Special Parliament Select Committee?

Menteri Undang-Undang, sepatutnya take the lead, mengetuai menyelesaikan kemelut isu ini.

Betul, SPRM satu badan bebas. Tetapi Isu Intergriti SPRM dan Penjawat Awam menjadi satu persoalan yang besar minggu ini.

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman pula mengutarakan satu pertanyaan samada Azam Baki dilakukan pemeriksaan terperinchi sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM oleh Kerajaan terdahulu ?

Apa pun, Rakyat menunggu episod selanjutnya kes Tan Sri Azam Baki ini. Samada satu siasatan lanjutkan akan dilakukan oleh mana-mana badan bebas atau Parlimen atau Kerajaan sudah berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi LPPR. – SM

(Visited 3,095 times, 346 visits today)

Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button