Belang Bertempat

Dilema PRN Melaka buat UMNO

Menanggapi situasi semasa PRN Melaka pada hari ini, Najib Razak dan Mat Hassan dilihat sebagai dua pengemudi yang memimpin keseluruhan jentera BN pada ketika ini.

Misi solo yang menjadi pegangan BN pada ketika ini (PRN MELAKA) tidak mempunyai pilihan lain, melainkan menang dan membentuk kerajaan negeri tanpa bantuan dan sokongan mana-mana pihak di luar Barisan Nasional.

Sekiranya keajaiban mampu dilakar oleh kesemua calon-calon yang dipertaruhkan oleh BN pada kali ini maka tentunya Zahid Hamidi akan bersorak riang dan menjadikan pencapaian tersebut sebagai suatu pencapaian peribadi bagi beliau meskipun yang bertungkus lumus ialah DSNR, Mat Hassan dan barisan jantera yang turun menyokong dan membantu kempen BN.

Selain itu, kemenangan BN juga akan menambah tekanan kepada Ismail Sabri. Beliau selaku PERDANA MENTERI YANG TIDAK MENYANDANG JAWATAN PRESIDEN PARTI (UMNO) berkemungkinan akan di tekan agar segera membubarkan parlimen dan mengadakan PRU sesegera mungkin, kerana yakin BN mampu berdiri kembali sebagai sebuah kerajaan yang utuh tanpa sokongan mana-mana kelompok luar.

Meskipun yang seharusnya berlangsung terlebih dahulu ialah pemilihan UMNO dan perwakilan-perwakilan mereka.

Sepatutnya, sebelum PRU yang akan tiba tidak lama lagi, jawatan “PRESIDEN PARTI (UMNO)” seharusnya diberikan kepada DSIS agar segenap kekuatan dan kelebihan yang ada dapat diselaraskan dan digerakkan secara seragam dan sistematik.

Secara kasar mata, semua pihak sendiri seolah dapat melihat akan dilema yang di alami oleh DSIS pada hari ini(PRN MELAKA), kerana posisi beliau yang agak bercanggah di PURTAJAYA dan di dalam UMNO sendiri. Situasi yang sama juga turut dirasakan oleh pemegang-pemegang portfolio kementerian yang di wakili oleh UMNO di Putrajaya.

Situasi yang terwujud ini hanyalah kerana kedegilan dan keyakinan yang tidak di landasi dengan fakta dan data yang tepat melainkan hanya andaian dan strategi caca merba serta taktik uji cuba seorang Zahid Hamidi.

Sesungguhnya, kemenangan dan kekuatan Barisan Nasional selama lebih kurang 60 Tahun, sebelum kekalahan pertama kali mereka pada PRU-14 kepada PAKATAN HARAPAN, sedikit sebanyak di sumbang dan di dukung oleh kapasiti SEORANG PRESIDEN PARTI (UMNO) SEBAGAI PERDANA MENTERI.

Adalah suatu kerugian jika hal ini (kelebihan sebagai seorang Perdana Menteri) tidak di manfaatkan sepenuhnya, malah dikhuatiri Zahid Hamidi akan cuba mencari celah dan memainkan helah agar beliau kekal sebagai Presiden Parti (UMNO) dan seterusnya mewujudkan suatu situasi abnormal di mana seorang PRESIDEN PARTI LEBIH BERKUASA DARIPADA SEORANG PERDANA MENTERI SENDIRI.

Zahid pastinya akan mempertahankan seboleh mungkin kedudukan beliau sebagai seorang Presiden Parti ,bertanding sebagai ahli parlimen di kawasan yang diyakini mampu memberikan kemenangan kepada beliau lalu menuntut jawatan PERDANA MENTERI yang secara tradisi harus disandang oleh seorang Presiden Parti (UMNO).

Ini adalah skema mudah dan gambaran ringkas akan realiti situasi yang sedang di hadapi UMNO dan DSIS sendiri pada hari ini.

Maka, kemenangan mahupun kekalahan BN pada PRN Melaka ini, ianya akan berakhir dengan suatu dilema yang serba tidak kena.

Kejayaan yang tidak dapat diraihkan untuk suatu tempoh yang panjang ataupun kekalahan yang membingungkan ketika ingin mewujudkan kerjasama dengan pihak di luar kesepakatan BN.

(Visited 579 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button