Negeri

Isteri ADUN Pengkalan Kubor meninggal dunia

ISTERI kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Mamat, Wan Norhan Wan Ab Rahman, meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham Wan Norhan berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.55 petang tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Pegawai Khas Wan Roslan, Anas Karimi Ahmad Thani berkata, allahyarham sebelum ini menghidap penyakit jantung dan baharu sahaja menjalani pembedahan pintasan di sebuah hospital swasta.

“Pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, arwah mengalami masalah paru-paru berair dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital swasta selama 26 hari sebelum dipindahkan ke HUSM,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Anas Karimi berkata, jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung Kutan, malam ini. – SM


(Visited 43 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button