Ekonomi

inDrive meriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 dengan pelbagai aktiviti, hadiah menarik

Penyedia mobiliti dan perkhidmatan sedunia, inDrive, merupakan salah satu daripada beberapa pempamer rasmi yang menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya hari ini.

Wakil Pembangunan Perniagaan inDrive, SEA, Nabil Umar Roslan yang berada di tapak pameran syarikat tersebut berkata,  ia adalah penghormatan besar bagi mereka kerana diberi peluang terlibat sama dalam sambutan Hari Kebangsaan rasmi.

“Kami sangat teruja dapat bertemu dengan semua pengunjung yang singgah ke tapak pameran kami. Ini memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi dengan mereka, memperkenalkan aplikasi kami dan menerima maklum balas daripada pengguna sedia ada. Kami harap pengunjung berseronok dengan hiburan yang kami sediakan.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 atas peluang yang diberikan untuk memeriahkan lagi acara sambutan hari ini. Kejayaan memberangsangkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini adalah bukti dedikasi dan kerjasama padu mereka dengan syarikat swasta dan berkaitan kerajaan, serta persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan,” tambahnya.

Tapak pameran inDrive menjadi hab aktiviti untuk beribu-ribu pelawat, di mana mereka dapat mengetahui lebih lanjut tentang ciri unik salah satu aplikasi e-panggilan yang paling pesat berkembang di dunia. Seiring dengan misi mencabar ketidakadilan, inDrive menawarkan model rakan setara (peer-to-peer) unik yang membolehkan penumpang dan pemandu berunding dan bersetuju dengan harga tambang yang adil. Ini menggalakkan keadilan, ketelusan dan kawalan yang lebih besar untuk kedua-dua pihak.

Pengurus Pemasaran Media Sosial inDrive, SEA, Farah Shamin Mohd Azim Khan,yang mengetuai penganjuran tapak pameran syarikat tersebut, berkata: “Menyaksikan keghairahan rakyat Malaysia yang menghadiri acara hari ini untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-66 benar-benar memberi inspirasi kepada kami. Kami berharap para pengunjung kami bergembira bersama kami!”

Pengunjung juga dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan:

  • ‘Wheel of Fortune’ & Baling Damak Belon: Pemenang bertuah membawa pulang barangan eksklusif berjenama inDrive, seperti kemeja-t, botol air, kipas tangan, air mineral dan aiskrim potong kegemaran tempatan.

  • Trivia Merdeka: Pelawat menguji pengetahuan sejarah Malaysia mereka dalam permainan trivia, di mana lima pemenang membawa pulang satu peralatan elektrik setiap seorang – pembakar roti, pengisar, ketuhar, pembersih vakum dan kipas.

  • Permainan tradisional: Pengunjung juga dapat berseronok dengan permainan tradisional seperti Dam Haji, Batu Seremban, Sepak Raga dan Congkak.

Tapak pameran inDrive turut mempamerkan sebuah kereta berjenama khas untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Dalam usaha memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, inDrive turut menganjurkan konvoi ‘Kembara Merdeka bersama inDrive’ pada 27 Ogos 2023 untuk menyemarakkan semangat sambutan Merdeka.

Konvoi tersebut terdiri daripada 15 kereta nasional yang dihiasi bendera Malaysia dan memulakan perjalanan dari Presint 1, Putrajaya, melalui Kajang, Serdang, Seri Kembangan, Bukit Jalil, Taman OUG dan Jalan Klang Lama.

Konvoi tersebut turut melalui lokasi-lokasi ikonik seperti Brickfields, Bukit Bintang dan Menara Berkembar PETRONAS, sebelum menamatkan perjalanan di Dataran Merdeka yang bersejarah. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button