Ekonomi

Gardenia lancar NuMee Keluarga

BERIKUTAN kejayaan pelancaran NuMee, produk mee kuning Gardenia dipasteur pada May 2019, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, secara rasminya telah melancarkan NuMee Keluarga, mee kuning yang hadir dengan pek keluarga yang lebih jimat dan berpatutan.

NuMee Keluarga merupakan satu lagi produk berkualiti dari Gardenia, dihasilkan khusus buat keluarga yang lebih besar. Setiap pek mengandungi 900g dan cukup untuk dihidangkan kepada 6 – 9 orang dewasa.

“Situasi pandemik ini telah memberi kesan kepada banyak keluarga, para ibu tentunya mahu lebih berjimat dan akan memilih produk berkualiti yang dijual pada harga yang berpatutan.

“Kami menyedari impak ini dan telah mencipta satu produk yang menawarkan pilihan ekonomi. Kini para ibu boleh menarik nafas lega,” ujar Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran NuMee Gardenia.

NuMee Keluarga (900g) diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi dan tidak dipasteur, tanpa pewarna dan lebih kenyal.

“Gardenia sangat komited dalam menjaga kualiti kesegaran produk mereka kepada semua pengguna dan
NuMee Keluarga merupakan satu pilihan yang tepat untuk keluarga B40”, ujarnya lagi.

Para ibu telah menggunakan mee kuning sebagai alternatif kepada nasi sebagai menu harian.

NuMee Keluarga telah menerapkan idea ini dan menggalakkan ikatan kekeluargaan melalui semangkuk hidangan mee yang enak, sebagai hidangan utama atau hidangan biasa.

“Makanan merupakan bahasa cinta yang universal dan para ibu di Malaysia sering mencari cara yang kreatif untuk satu keluarga berkumpul di meja makan.

“Agak sukar sebenarnya mahu memasak sesuatu yang kreatif tetapi berpatutan. NuMee Keluarga pasti memberi inspirasi kepada para ibu di Malaysia,” tambah Ena.

NuMee Keluarga secara rasminya telah dilancarkan pada 5 Mac 2021 dan hari ini pihak NuMee mengedarkan mee goreng, bertemakan NuMee OMG (Oh Mee Goreng) di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan penduduk B40 di flat Desa Rejang. Aktiviti NuMee ini merupakan kempen CSR Gardenia yang dikenali sebagai #NuMeeCares.

Kempen CSR Gardenia ini menekankan semangat penyatuan dalam keluarga melalui perkongsian NuMee Keluarga dan menyebarkan kebaikan NuMee Keluarga kepada mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang terkesan akibat pandemik yang melanda.

Selain memberi pilihan terbaik kepada para ibu di Malaysia, NuMee Keluarga juga merupakan satu pilihan yang
sesuai kepada para pengusaha katering dan restoran.

Gardenia turut bekerjasama dengan TukTuk Catering, untuk menyajikan keenakan NuMee Keluarga melalui perkhidmatan pesanan makanan dalam talian; Tuk Tuk akan menghantar hidangan mee kuning menerusi kedai dalam talian mereka: www.tuktuk.com.my, Facebook Store, Foodpanda dan Tedboy. Menampilkan 6 hidangan istimewa; NuMee OMG (Oh Mee Goreng), NuMee Rebus, NuMee Rojak Mee, NuMee Mee Kari, NuMee Mee Mamak dan NuMee Jawa, para pelanggan kini boleh menikmati hidangan istimewa ini tanpa ragu-ragu.

Kerjasama yang berlangsung selama enam bulan ini juga akan menampilkan peraduan yang cukup menarik, di mana para pelanggan berpeluang untuk menerima salah satu hidangan istimewa ini secara percuma dan ia akan dihantar terus ke depan pintu rumah mereka.

NuMee Keluarga dijual pada harga RM2.50 sepaket dan boleh didapati di pasar raya dan kedai runcit terpilih di
seluruh Semenanjung Malaysia. Maklumat lanjut tentang NuMee Gardenia boleh didapati di www.numeegardenia.com.my atau di platform media sosial NuMee: Facebook (@numeegardeniaofficial) dan
Instagram (@numeegardenia_official). – SM

(Visited 523 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button