Nasional

Sultan Johor titah Kerajaan Persekutuan rayu keputusan kalimah Allah

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar Kerajaan Persekutuan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sultan Ibrahim turut mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk mengambil tindakan yang boleh menyokong usaha Kerajaan Persekutuan membuat rayuan.

“Selaku Ketua Agama Islam di negeri Johor saya menyeru kepada Kerajaan Persekutuan agar meneruskan rayuan dalam prosiding ini.

“Malah saya akan mengarahkan Majlis Agamad Islam Negeri Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan ini,” titah Sultan Ibrahim.

Titah Sultan Ibrahim kalimah Allah merupakan nama khusus kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam.


Nama Allah diberi oleh-NYA bukan berasal daripada mana-mana akar kata tetapi nama kha syang merujuk kepada Allah.

Baginda melahirkan perasaan amat dukacita selepas isu penggunaan kalimah Allah untuk digunakan pada Tuhan yang lain daripada Tuhan yang disembah oleh umat Islam timbul kembali.

Titah Baginda, isu tersebut boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap keharmonian Bangsa Johor yang hidup bermuafakat di dalam setu negeri.

“Adalah perlu sensitiviti unamt Islam dan dan kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama ini diambil kira dalam apa juga keputusan atau penghakiman.

“Kerana isu-isu sensitif ini sangat dekat di hati saya selaku Ketua Agama Islam di Negeri Johor khususnya apabila isu tersebut berkait rapat di dalam ruang sempadan agama lain.” titah Sultan Ibrahim.

Pada 10 Mac lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama itu.

Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.

Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

Ketika membaca penghakimannya, Nor Bee berkata, mahkamah membenarkan deklarasi dalam mengamal kebebasan beragama yang terlindung dalam Perkara 3,8,11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.-SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button