Auto TravelBerita Auto

IAM-MIME 2023 bakal berlangsung dari 27-29 Oktober di MITEC

DISOKONG oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Pameran International Automodified (IAM) Kuala Lumpur dan Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 dilancarkan secara rasmi awal hari ini.

Kedua-dua pameran itu akan berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur dari 27 hingga 29 Oktober 2023, dan penganjur bersedia untuk menarik lebih ramai peserta berbanding edisi sebelumnya, yang berjaya menarik tidak kurang daripada 104,000 pengunjung sepanjang tiga hari pameran pada tahun 2011 dahulu.

Apa yang membezakan gabungan IAM-MIME 2023 ialah pameran kali ini akan dibahagikan kepada tiga genre berbeza dalam industri automotif.

Selain pameran kereta baharu daripada pengeluar kereta lama dan jenama baharu, elemen kedua pameran itu melihat usaha terhadap mengetengahkan segmen Kenderaan Elektrik (EV) tempatan yang sedang berkembang. Nama-nama pengeluar kenderaan utama yang ditonjolkan untuk meningkatkan elemen EV itu termasuk Mercedes-Benz, serta Bermaz Auto Berhad melalui trio jenama Mazda, Kia dan Peugeot.

Peminat kereta pasti teruja kerana IAM-MIME 2023 akan menyaksikan penyertaan JPM Museo dan Utama Motors yang terkenal dengan koleksi peribadi supercar, hypercar, serta ikon permotoran klasik mereka pada masa lalu, manakala yang kedua telah meningkat popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menjadi salah satu pembekal supercar utama negara.

“Pameran ini juga akan menjalankan tinjauan digital untuk “Kereta Pilihan Rakyat Tahun Ini” dan dengan mejawab 10 soalan ini peserta juga berpeluang memenangi hadiah setiap jam,” tambah pengasas rancangan MIME Yamin Vong awal hari ini.

Selain pameran beratus kereta modifikasi dan EV, International Automodified (IAM) Kuala Lumpur dan Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 juga bakal menampilkan pelbagai tarikan menarik seperti perlumbaan simulasi, pameran RC, festival muzik dan pelbagai hadiah untuk pengunjung.

“Pertunjukan ini telah berkembang dengan pesat selama bertahun-tahun. Terdapat ramai pengikut dan menyukai kereta yang diubah suai di rantau ini terutamanya di Malaysia dan ini amat ketara daripada kualiti kereta yang dipamerkan,” kata pengasas pameran IAM, Reza Aliwarga.

Majlis Pelancaran hari ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MARii Ts Nizmar Mohd Nazar, Pengerusi MIME Yang Mulia Sharifah Wani Jamalullail, Pengasas MIME Yamin Vong, dan Pengasas Pameran IAM, Reza Aliwarga di MITEC, Kuala Lumpur.

Tiket pra-jualan kini boleh didapati pada harga diskaun RM17 sehari (tawaran berakhir 31 Ogos 2023) yang boleh dibeli di laman web Malaysia Motor Expo.

Tiket pameran ini juga boleh dibeli secara walk-in di kaunter pada harga RM30 seorang manakala untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah percuma (bersama pengawasan seorang dewasa). – SM

Artikel berkaitan > Bersedia untuk Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur dari 9-11 Jun 2023

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button