Nasional

Hubungan dengan Agong masih utuh – Annuar Musa

Tiada krisis Perlembagaan

MENTERI Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menolak tanggapan bahawa negara sedang berdepan krisis perlembagaan sambil menegaskan, hubungan kerajaan dengan Yang di-Pertuan Agong kekal utuh.

Terdahulu, kerajaan menerima teguran daripada Istana Negara setelah mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat yang katanya, dibuat tanpa perkenan Agong.

Peristiwa ini mencetuskan desakan agar Perdana Menteri dan Jemaah Menteri meletak jawatan.

“Tiada krisis perlembagaan …kerajaan tetap terus mengekalkan hubungan baik dan penuh kesetiaan pada raja dan negara,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu di Facebooknya.

Katanya lagi, kerajaan sudah mempunyai cara penyelesaian tentang isu pembatalan ordinan-ordinan berkenaan dengan mengambil kira titah pandangan Agong.

“Kita yakin Agong tidak suka pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan menokok tambah cerita dengan menambah ‘perasa’ politik bagi memenuhi agenda masing masing.

“Jemaah Menteri dan Agong akan sentiasa dan terus saling berbincang dan secara bersama melaksanakan tugas mentadbir negara seperti biasa, menurut undang undang dan perlembagaan negara, dengan Agong sebagai ketua negara,” katanya.

Ahad lalu, penunjuk perasaan yang terdiri daripada golongan belia menganjurkan demonstrasi #Lawan di Kuala Lumpur untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Semalam, Ahli-ahli Parlimen pembangkang cuba berarak ke Parlimen dengan membawa kain rentang mendesak Perdana Menteri dan Jemaah Menteri berundur. – SM

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button