Nasional

Haramkan pelawak Jocelyn Chia masuk Malaysia

PELAWAK wanita dari Singapura, Jocelyn Chia yang mengeluarkan kata-kata kesat  terhadap rakyat Malaysia, mempersendakan tragedi MH370 dan beranggapan negara ini tidak semaju Republik Singapura wajar disekat kemasukannya ke Malaysia.

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Koo Shiaw Lee mengecam perbuatan pelawak stand up comedian itu kerana penghinaan yang menjadi bahan jenaka dalam persembahannya amat menyinggung hati rakyat Malaysia.

Koo Shiaw Lee dari parti Gerakan mengecam tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia kerana menghina negara.

“Penghinaan terhadap negara menerusi lawak jenaka yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @jocelynchiacomedy mengundang kemarahan rakyat di negara ini.

“Bagi saya, pelawak wanita Singapura yang bernama Jocelyn Chia itu tidak sepatutnya membuat jenaka mengenai tragedi kehilangan MH370.

“Itu sensitif kerana mangsa terlibat sudah meninggal dunia dan ia boleh dikatakan seperti memperlekehkan ketenteraan Malaysia yang terlibat dalam misi pencarian MH370,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shiaw Lee yang juga Ketua Penerangan parti Gerakan berkata, lawak menghina dan sensitif itu juga dikhuatiri akan merosakkan hubungan baik di antara Malaysia dan Singapura (gov-to-gov).

Beliau bagaimanapun mengingatkan, tidak bermakna jika Singapura mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Malaysia, pelawak wanita itu terlepas daripada tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan siasatan terhadap pelawak dari negara jiran itu.

“Ini termasuk kalau boleh menyekat pasportnya daripada memasuki Malaysia,” katanya.

Kelancangan mulut Jocelyn Chia yang ringan mengeluarkan perkataan fuck you Malaysia tidak boleh diterima seluruh rakyat di negara ini.

Dia juga dalam jenakanya beranggpan, Malaysia mundur dan tidak mempunyai capaian internet. Chia juga tidak peduli sekiranya bahan lawak yang dipentaskannya tersebar dalam internet dan media sosial.

Perbuatan tidak bertanggungjawab Chia yang juga adalah sebahagian daripada ‘dunia artis’ telah menjurus Kerajaan Singapura melalui Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. – SM

BACA Pelawak biadap, Singapura mohon maaf

BACA Jocelyn Chia pelawak Singapura yang biadap

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button