Nasionalpilihan

Rais Yasin berupaya perkukuh UMNO jika menang MKT

Datuk Rais Yasin, 39, yang menawarkan diri sebagai calon No.88 bagi mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi penggal 2023-2026 wajar dipilih kerana keupayaan dan kemampuan untuk memperkukuhkan parti khususnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Namanya bukan terlalu asing di Melaka kerana keupayaannya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November 2021 sangat mengejutkan.

Tiada yang memberi harapan buat bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu itu apabila beliau dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) kerana kerusi tersebut menjadi milik Datuk Mohd. Rafiq Naizamohidden pada PRU14.

Rais Yasin bersalaman dengan beberapa calon lain yang turut menawarkan diri bertanding jawatan MKT.

Keupayannya menewaskan Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 629 merupakan satu kejutan mengalahkan calon yang lebih berpengalaman daripadanya.

Kemenangan itu membolehkan beliau dilantik sebagai Exco Pendidikan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Melaka.

Dalam kalangan wartawan di Melaka beliau dianggap antara salah seorang Exco yang mesra mudah ditemuramah dan mudah dihubungi.

Sebagai ADUN Paya Rumput, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam membantu rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat jika mereka dilanda musibah seperti ribut, banjir dan sebagainya.

Undilah Rais! Itu sepanduk yang dipaparkan penyokong tegar.

Tidak hairanlah beliau amat disenangi dalam kalangan penduduk di dalam DUN Paya Rumput dan denyut nadi rakyat adalah jiwanya.

Justeru apabila hasrat yang diluahkan oleh Rais untuk mempertahankan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti Sabtu ini dianggap keputusan yang tepat.

Rais merupakan anak kepada bekas ADUN Paya Rumput, Datuk Yasin Mohd. Sarif dari tahun 1995 hingga tahun 1999 lalu.

PENGALAMAN

Sebagai pemimpin muda bergelumang dengan pelbagai jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2018 hingga kini), Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2019-2021), Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2020-2021) dan Ketua UMNO Cawangan Paya Rumput.

Berdasarkan kerjayanya pula Rais cukup berpengalaman sebagai Timbalan Pengerusi Kumpulan Melaka Berhad (2020), Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar
Nasarah dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2021), Tan Sri Noh Omar.

Tidak hairanlah Rais mampu melaksanakan tugas dan amanah jika dipilih menjadi ahli MKT bagi penggal 2023-2026 nanti.

“Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya Rais bin Yasin dengan penuh rasa insaf dan ihsan ingin mengumumkan pencalonan diri sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)
UMNO.

“Sesungguhnya, agenda kebangkitan UMNO benar-benar menuntut kita melakukan perubahan dan transformasi positif terhadap kepimpinan tertinggi parti.

“Sebagai anak muda yang pernah diberikan ruang dan peluang menyumbang keringat dan pengalaman memimpin parti di dalam pelbagai peringkat, maka saya yakin mampu menyumbang dan bersedia
berkorban jiwa dan raga demi memastikan UMNO terus mencipta kejayaan.

“Justeru, izinkan saya sebagai Calon No. 88 mewakili suara keramat kalian ke peringkat atasan parti. Mohon sokongan dan mandat kepada saya untuk meneruskan legasi kepimpinan parti keramat
ini.” – SM

(Visited 378 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button