NasionalNegeriPolitik

Hanya Ahli Parti Sahaja Akan Turun Mengundi PRN Melaka, Rakyat Biasa Ikut Siapa?

UMUM mengetahui tidak lama lagi PRN Melaka akan berlangsung dan bermula awal bulan ini, setiap parti politik sudah mula berbisik-bisik dengan ahli mereka mahu menang kerusi walau apa-apa pun yang terjadi.

Namun bagaimana pula dengan rakyat Melaka yang bersifat neutral dan tidak menyertai parti politik sebelum ini? Turun mengundi pun sebab kewajipan sebagai seorang rakyat Malaysia di negara demokrasi.

Apakah pada pandangan rakyat Melaka yang tidak bersekongkol dengan mana-mana parti politik sudah tahu penjuru mana yang ingin disokongnya? Atau memadai dengan pangkah dari ahli sahaja?

Mana tidaknya.. apabila ada rakyat Melaka yang menyuarakan rasa ragu-ragu, buntu dan tidak tahu mahu memilih siapa, ada sahaja akaun-akaun palsu menyerang mereka dengan persepsi ‘bodoh’.

Kononnya orang Melaka yang tidak tahu mahu memilih siapa sebagai pemimpin baharu yang jauh lebih baik sekali gus mengangkat semula warisan dan kebanggaan Melaka, tiada nampak bayangnya.


Pada pandangan penulis, sebaik sahaja calon-calon yang akan bertanding PRN diperkenalkan, selidiklah latar belakangnya, semak siapa dia dalam 6 bulan ke belakang.

Ada komen mengarut-mengarut tak, ada sertai group WhatsApp atau Telegram yang bukan-bukan ke tidak, mendokong wahabi, syiah atau menentang ahlus sunnah wal jamaah ke tidak dan sebagainya.

Sebab apa-apa cerita sekali pun, individu akan menentu nasib rakyat pada akar umbi demi manfaat masyarakat sehingga ke peringkat nasional, bukan parti semata-mata!

 

 

(Visited 108 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button