Nasional

RM10 bilion disalurkan kepada projek sosial dan mesra alam

MALAYSIA komited dalam memenuhi obligasinya sebagai penandatangan Perjanjian PARIS.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan berjaya menerbitkan Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia menerusi terbitan berjumlah 800 juta dollar Amerika, pada April lalu.

“Sukuk telah dilanggan melebihi 5.6 kali yang mencerminkan keyakinan pelabur terhadap negara,” katanya

Tengku Zafrul berkata bagi tahun 2022, kerajaan akan menerbit Sukuk Kelestarian dalam Ringgit Malaysia sehingga RM10 bilion untuk disalurkan kepada projek sosial atau mesra alam yang layak.  -SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button