fbpx
MahkamahNasional

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke Mahkamah Sivil


Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

HAKIM Mahkamah Tinggi Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn. Bhd., berjumlah RM42 juta yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ditukarkan dari mahkamah jenayah ke mahkamah sivil.

Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya semalam, arahan dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) hari ini mengesahkan mengenai pertukaran Mohd. Nazlan ke mahkamah sivil berkuat kuasa 1 Mac ini.

“Pertukaran ini adalah amalan biasa untuk hakim-hakim. Pertukaran Yang Arif Mohd. Nazlan ke Mahkamah Sivil adalah bagi menggantikan Yang Arif Wong Chee Lin yang akan bersara,” menurut PKPMP dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Mohd. Nazlan sebelum ini merupakan hakim Mahkamah Tinggi Komersial sebelum ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah dan mempunyai kepakaran serta pengalaman luas berhubung kes-kes sivil dan jenayah.


“Selain itu, kes-kes di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 hanya tinggal lebih kurang dalam 30 kes sahaja dan Mahkamah itu boleh ditutup,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sebarang kes jenayah yang telah didengar oleh Mohd. Nazlan akan terus didengar olehnya sehingga selesai walaupun sekiranya prosiding kes itu melepasi tarikh kuat kuasa pertukarannya pada 1 Mac nanti.

Pada bulan Julai 2018, Mohd. Nazlan ditukarkan dari Mahkamah Komersial Baharu 1 (NCC) ke Mahkamah Jenayah 3 untuk mendengar kes berkaitan dana RM42 juta SRC International yang melibatkan Najib.

Beliau mengambil alih pendengaran kes berkenaan daripada Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd Razak.

Sebelum ini Majlis Peguam dilaporkan menggesa Mohd. Sofian menarik diri daripada mendengar kes itu memandangkan abangnya, Mohd. Soffi, memegang jawatan dalam UMNO dan juga dalam kerajaan negeri Pahang.

Najib merupakan Ahli Parlimen Pekan dan juga bekas Presiden UMNO.

PKPMP dalam kenyataan pada 6 Julai 2018 berkata, pemilihan Mohd. Sofian untuk mendengar kes perbicaraan Najib dibuat secara rawak menerusi portal e-filing.

Sementara itu bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa dihubungi berkata, pertukaran hakim adalah perkara biasa dalam badan kehakiman.

Pada 28 Julai lalu Mohd. Nazlan mensabitkan Najib, perdana menteri ke-enam negara terhadap tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kedudukan dalam kes melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. itu.

Selain kes SRC International, Mohd. Nazlan turut mendengar beberapa kes berprofil tinggi yang lain.

Beliau dijangka menyampaikan penghakiman pada 3 Februari ini bagi kes perbicaraan yang melibatkan bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad terhadap sembilan pertuduhan rasuah melibatkan lebih RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Pada 7 Disember lalu, Mohd. Nazlan dalam penghakimannya melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan. – BERNAMA – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)


Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668
Show More

Related Articles

Back to top button