fbpx
Sukan

Hafizh sah terus berlumba untuk musim 2021

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan meneruskan kariernya dalam kejuaraan motosikal dunia, musim depan, setelah rundingannya bersama sebuah pasukan berpangkalan di Eropah mencapai kata sepakat.
Pengurus pelumba itu, Razmin Masli sendiri mengesahkan tentang rundingan yang berlangsung bersama sebuah pasukan telahpun selesai dan Hafizh akan kekal bersaing dalam kejohanan dunia Moto2.
“Perbincangan dengan pasukan buat Hafizh Syahrin untuk musim 2021 sudah selesai dan Hafizh akan kekal di kejohanan dunia Moto2.
“Pasukan untuk musim 2021 akan berpangkalan di Eropah. Insya’Allah, pengumuman akan dibuat dalam sedikit masa lagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Razmin berharap dengan selesainya perbincangan untuk 2021, Hafizh akan lebih bersemangat dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memberikan yang terbaik untuk baki tiga pusingan, musim ini.
Difahamkan, pengumuman pasukan baharu yang bakal disertai Hafizh akan dilakukan sewaktu perlumbaan di Litar Ricardo Tormo, Valencia pada 8 November ini. – SM

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button