Politik

Guan Eng bakal lepas jawatan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook calon favourite

CUKUP tempoh tiga tahun sebagai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu fikir panjang untuk melepaskan jawatan dalam parti itu.Khabarnya jawatan Setiausaha Agung parti bakal diisi oleh Loke Siew Fook pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Sumber daripada seorang pemimpin DAP yang membisikkan khabr itu seperti mana dilaporkan oleh FMT. Untuk rekod, sekali lagi dinyatakan Guan Eng kini dalam penggal ketiga dan terakhir sebagai Setiauasa Agung.

Pemilihan CEC mungkin akan diadakan pada awal tahun depan ekoran wabak Covid-19 dan kali terakhir pemilihan diadakan ialah pada 12 November 2017.

Perlembagaan parti itu membenarkan seseorang individu memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung hanya untuk tiga penggal sahaja dengan setiap penggal adalah untuk tempoh selama tiga tahun.

Seorang pemimpin dalam DAP yang enggan namanya disebut memaklumkan, dia percaya, parti akan memilih Siew Fook sebagai Setiusaha Agung yang bahru.

Pandangan itu dibuat atas dasar Siew Fook dilihat sebagai seorang yang sangat rapat dengan Lim Guan Eng dan bersikap adil dan pernah menjadi setiausaha organisasi untuk tempoh lama yang menjadikannya, pilihan semula jadi.

Sebagai setiausaha organisasi, Siew Fook adalah pengendali utama dalam DAP, meluluskan keahlian, berhubung dengan cawangan dan berkomunikasi dengan pemimpin akar umbi setiap hari.

Justeru kata sumber itu lagi, orang dalam parti (ahli dan pemimpin) tidak mempunyai masalah dengan Siew Fook. Tidak ada situasi seperti dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ia bukan satu kem menentang kem lain. Jadi, saya tidak menjangkakan sebarang masalah ketika pemilihan CEC yang akan datang,” kata sumber FMT itu lagi.

Akan tetapi, orang dalaman parti DAP itu berkata, sebarang masalah akan timbul dari peringkat negeri khasnya di Selangor dan Johor di mana beberapa pemimpin di peringkat akar umi merasakan mereka tiada ruang ekoran banyak peranan kepimpinan dalam DAP diisi oleh teknokrat.

Di peringkat CEC, tidak akan ada masalah tetapi di peringkat akar umbi, anda mungkin melihat pemberontakan seperti yang menentang Tony Pua di Selangor. Anda mungkin melihat perkara yang sama di Johor, katanya.

Pada Disember 2018, Tony Pua, Pengerusi DAP Selangor yang bakal meninggalkan jawatan tersebut, gagal dipilih menganggotai Jawatankuasa Negeri parti yang terdiri daripada 15 ahli. Dia hanya memperoleh 292 undi yang meletakkannya di tempat ke-19.

Sementara James Chin pula berkata, kemungkinan besar Loke Siew Fook dipilih sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu walaupun dia bukan salah seorang daripada tiga Timbalan Setiauasha Agung (Nga Kor Ming, Teresa Kok dan V. Sivakumar).

Kata James, “adalah jelas Loke (Siew Fook) mempunyai sokongan dalam parti. Beliau disukai semua pihak dan seorang yang berkebolehan.”
Jika Siew Fook dipilih sebagai Setiausaha Agung yang baru, dia perlu tingkatkan sokongan daripada masyarakat Melayu dan Bumiputera bukan Islam kerana sokongan orang Cina sudah mencapai had maksimum, kata James.

“Satu daripada kegagalan DAP khasnya ketika mereka berkuasa di peringkat Persekutuan ialah perkhidmatan awam dan beberapa bahagian akar umbi Melayu melihat parti itu terlalu terus terang dan agresif.

“Ini selalunya tidak diterima baik oleh masyarakat Melayu, India dan Bumiputera bukan Islam,” kata James lagi.

Bagaimanapun, kata James, Guan Eng dan bapanya, Kit Siang akan terus mempunyai pengaruh besar dalam DAP dan tidak perlu memegang jawatan untuk berpengaruh. – SM

(Visited 332 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button