NasionalNegeri

Isu air antara dua kerajaan negeri: Selesai di mahkamah jalan terakhir Kedah, PP

KERAJAAN negeri Kedah tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun berkata, pihaknya masih mahu menyelesaikan perkara itu secara rundingan.

“Sekarang kita berunding dahulu di antara kerajaan negeri Kedah dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Lagipun kita sama-sama dalam Malaysia.

“Tetapi, sekiranya (temui) jalan buntu lagi, isu ini boleh dibawa ke mahkamah dan itu merupakan jalan terakhir yang akan diambil oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks PAS Jerlun, hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau ditanya sama ada kerajaan negeri akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya Pulau Pinang tetap enggan membayar caj air yang dituntut kerajaan negeri Kedah.

Semalam, Muhammad Sanusi memberi bayangan akan meminta campur tangan kerajaan persekutuan jika Pulau Pinang tetap enggan menerima pelawaan kerajaan negeri Kedah untuk berunding.

Kedah sebelum ini menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan bayaran sumber air mentah dari Sungai Muda sebanyak RM50 juta setahun sejak 2010 namun tiada sebarang tindakan dibuat oleh pihak berkenaan.

Pulau Pinang pula melaporkan, enggan membayar kepada Kedah. – SM

(Visited 153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button