MahkamahNasional

Rosmah Mansor dihukum 10 tahun penjara, denda RM970 juta

ISTERI bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini.

Hukuman itu diputuskan mahkamah selepas mendapat Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM1.25 bilion pemasangan solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Nasib Rosmah agak baik apabila mahkamah memutuskan mengenepikan hukuman penjara ke atas bekas wanita pertama negara itu selepas diputuskan oleh mahkamah rayuan kelak.

Rosmah, 70, terdahulu didapati bersalah ke atas tiga pertuduhan rasuah.

Dia dituduh meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan syarikat Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin menerusi pembantu khas beliau, Rizal Mansor sebagai dorongan membantu syarikat tersebut mendapatkan projek pemasangan tenaga solar bernilai RM1.25 juta di sekolah-sekolah di Sarawak. – SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button