NasionalNegeri

FAMA Perlis pilih masjid lokasi Jualan Agro Madani

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis memilih lokasi masjid sebagai tapak Jualan Agro Madani bagi memberi kemudahan penduduk berdekatan khususnya di kawasan luar bandar.

Pengarahnya, Shahrizan Mansor berkata, setakat ini Jualan Agro Madani telah diadakan di Masjid As Sakinah, Padang Melangit dan esok (26 Jun) pula di Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambun Tulang (esok).

Masjid As Sakinah, Padang Melangit telah menjadi lokasi Jualan Agro Madani anjuran FAMA. – Gambar Ihsan FAMA Perlis

“Jualan Agro Madani ini adalah penjenamaan semula dari Jualan Terus Dari Ladang yang telah dilaksanakan awal bulan ini,” katanya di pejabat FAMA, Jalan Behor Temak, Kangar.

Shahrizan berkata, FAMA berharap dengan jualan barang keperluan dapur yang menawarkan potongan harga 10 hingga 30 peratus dari pasaran memberi peluang rakyat berbelanja dengan lebih jimat.

Masjid As Sakinah, Padang Melangit telah menjadi lokasi Jualan Agro Madani anjuran FAMA. – Gambar Ihsan FAMA Perlis

Beliau berkata, FAMA Perlis menyasarkan sebanyak empat kali sebulan Jualan Agro Madani.

“Kita berharap sebanyak 56 kali Jualan Agro Madani dilaksanakan sehingga akhir Disember tahun ini,” katanya.

Shahrizan berkata pihaknya juga menyasarkan sebanyak RM480,000 dari Jualan Agro Madani di sepanjang tahun ini.

Shahrizan menambah, FAMA juga akan menganjurkan
Jualan Khas Aidiladha Madani di Pasar Tani Sena hari i (25 Jun) dan di Pasar Tani Kekal Simpang Empat pada 27 Jun.

Beliau berkata, pengunjung boleh mendapatkan harga barangan basah bagi keperluan perayaan yang ditawarkan dari 10 hingga 30 peratus lebih rendah dari pasaran.

Orang ramai mengambil kesempatan berjimat di Jualan Agro Madani anjuran FAMA. – Gambar Ihsan FAMA Perlis

“Kita pasti semua bekalan barangan basah seperti daging, ayam dan ikan mencukupi menampung keperluan orang ramai,” katanya. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button