Nasional

Fahmi nafi minta platform X padam hantaran kecam beliau

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, menafikan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mengarahkan platform X memadam hantaran berkaitan kecaman terhadap beliau, berhubung rombakan kabinet baru-baru ini.

Fahmi berkata beliau sendiri, serta pejabat dan kakitangannya, tidak pernah membuat laporan berhubung perkara itu, malah suruhanjaya itu bebas untuk membuat apa-apa tindakan tanpa perlu merujuk beliau.

“Saya hanya mahu jelaskan bahawa MCMC menerima laporan dari sesiapa sahaja, orang awam, saya belum berbincang dengan MCMC mengenai perkara tersebut, tetapi secara amnya MCMC tidak merujuk kepada saya sebelum mengambil tindakan, mereka bebas untuk ambil tindakan. Jadi kadang-kadang mungkin orang awam yang melaporkannya.

“Saya tidak terkesan dengan hantaran ini, saya tiada masalah dia nak cakap macam itu dan saya dan pejabat saya tiada membuat laporan kepada MCMC berhubung isu tersebut, jadi ada yang menuduh seolah-olah saya (buat laporan), saya sahkan saya tak tahu pun,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal yang menyatakan kerajaan didakwa melapor kepada platform X, untuk meminta hantaran yang mengecam seorang menteri diturunkan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Setem Khas Palestin Merdeka oleh Pos Malaysia.
(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button