Nasional

5,745 kes Covid-19

KETUA Pengarah Kesihaan (KP KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM melaporkan dalam tempoh 24 jam, jumlah kes baharu Covid-19 ialah 5,745 kes.

Dr Noor Hisham berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,401,866 kes setakat ini dan orang ramai terus mengharapkan agar bilangan kes baharu harian Covid-19 terus turun di bawah paras 1,000 kes sehari.

Sementara itu, sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, Pengurus Jenazah Covid-19, Hasnul Hussien, 52, dianugerahkan dengan Anugerah Abu Thalhah pada majlis penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul 1443 Hijrah peringkat negeri di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah.

Bertugas di Hospital Melaka, Hasnul berkata, apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab sebagai pengurus jenazah Covid-19 dan ia ibarat memikul amanah demi menunaikan tuntutan fardu kifayah.

Mengakui urusan mengendalikan jenazah Covid-19 agak mencabar kerana ia berbeza dengan proses menguruskan kematian lain dan ia membabitkan proses tayamum dan solat jenazah sehinggalah jenazah dimasukkan ke dalam van untuk dibawa ke pusara.

Penyampaian anugerah pelbagai kategori diberikan atas sumbangan dan khidmat bakti penerima disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – BERNAMA – SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button