Hiburan

Fahmi Fadzil ucap takziah kepada wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza

Semalam media dikejutkan dengan seorang wartawan hiburan dilaporkan kritikan dan tidak sedarkan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London.

Siti Nor Hafiza, 40, sebelum ini dirawat di Hospital Charing Cross, London selepas dilaporkan tidak sedarkan diri untuk pulang Malaysia selepas bercuti.

Menerusi laman facebook Fadmi Fadzil dengan ucapan takziah

Oleh itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah buat wartawan hiburan yang meninggal dunia di London hari ini.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Baru petang tadi saya maklumkan tentang saudari Fiza Kamaruddin, wartawan, yang kritikal di di hospital London.

“Malam ini saya menerima khabar duka. Beliau telah meninggal dunia. Saya ucapkan takziah buat keluarga
‘’Allahyarhamah Fiza Kamaruddin. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian yang berat ini. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook malam ini.

Terdahulu, suaminya Mohd Roshdi Ramli memaklumkan kepada Bernama bahawa isterinya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Allayarhamah merupakan wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama suaminya Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan bulan ini.

Artikle Berkaitan :>

Home

(Visited 278 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button